CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

24 January 2011

H.I.D.U.P

Hari ni aku rasa penat amat dan sedikit serabut. 5.45pagi bangkit untuk meneruskan kehidupan seharian. Pagi-pagi lagi dah keluar pergi sekolah. Hari ni kena balik pukul 5 petang sebab menggantikan teacher yang cuti bersalin. Hari ni juga ada iqra'. Habis mengajar iqra' tengahari dalam pukul 12.30, pergi hantar budak, masuk semula pukul 3petang. Tapi tak tahu mana nak rest sementara menanti pukul 3, aku stay kat sekolah je. Kalau dah stay kat sekolah, masa rest pun jadi buat kerja. Balik pukul 5, terus tolong mak kat kedai. 2 orang pekerja mak belum datang. Lepas maghrib, bersiap nak ke sekolah semula. Ada tuition jam 8.30pm. Tapi kena pergi awal sebab kena open school. Rupa-rupanya pekerja mak memang tak datang 2 orang. Allah...lemah semangat dan rasa nak marah sangat bila tahu macam tu. Tapi takkan nak tutup kedai bila semua dah masak, dah tersedia... Aku pergi juga sekolah sebab tuisyen sekolah tak boleh replace. Kalau nak minta teacher lain ajarpun susah sebab last minute sangat. Mak kata "tak pe..gi lah kak in". Berat untuk pergi, tapi aku terpaksa.:( (Siapa sanggup tengok mak dia susah kan...:( Habis tuisyen 9.30pm, tunggu semua budak balik, dalam 10pm aku sampai rumah. Terus tolong mak buat air lagi kat kedai. Mak minta tolong aku kerja sampai 12am. Tapi aku dah tak mampu.....11pm pun aku dah rasa longlai.............(T-T)

No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button