CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

16 February 2010

Geram

Assalamualaikum

Oh......sungguh kepelikan yang nyata. Aku tak sangka betul ada orang macam tu! huhu~ Dia baru lagi kerja. Tukang basuh pinggan dan seangkatan dengannya. Tahu tak? Baru 3 hari kerja, oh! sungguh banyak mulut! huhu~

Situasi 1: Aku minta tolong mak beritahu dia suruh sapu lantai.Sangatlah berpasir dan penuh kertas2 order. Dia tengah asyik menonton tv walhal kerja tak setel lagi.. Then dia bangun, sapu..Lepas tu sambung tengok tv. Aku tengok lantai lebih kurang macam tadi. Tak bersih. Mak suruh dia mop pun, dia mop depan sikit je...Allah... Akupun sapu balik.... Sekali dia cakap "elleh, buat apa susah2 sapu, kejap lagi orang ramai, kotor balik.." "La..dah tu nak biar kotor sampai bila2? Apa guna beli penyapu tu?"

Situasi 2: Aku dah setel buat air. As usual aku akan cakap kuat2 ''air..../air siap..". Sekali dia menyampuk sambil ajuk2 suara aku "Air....air...air siap.... sedap je dia panggil orang... panggil sape tak tahu..!" Aku diam je. Sakit hati sangat. Dari tadi ada je kata2 dia tujukan kat aku.

Situasi 3: Aku duduk2 lepas setel buat air. Bila tak ada order, aku masuk rest dalam rumah. Takpun aku tolong basuh gelas2 kalau dia banyak pinggan mangkuk nak basuh. Diapun kata "Sedapla dia duduk situ. Buat air je... lepas tu jerit2 panggil orang suruh hantar... Orang lain ke hulu ke hilir..Pas tu kul 11 masuk tidur dah.." Sambil buat2 muka gitu.. (Memang semalam aku stop kerja pukul 11 sebab dah seharian aku kepenatan pergi KT) Kali ni memang aku geram tahap gaban. Aku terus balas "Awak ni dok puas hati sangat ni bakpe? Dengki ke?" ''Orang boleh buat air ni tahu sebab apa?" Dia sengeh je.. "Sebab 'bijak' tau dok?" Eeeeeee!

Huhuhu memang aku geram sangat. Memang takleh nak teruskan dah kata2 tu..Kalau teruskan, lagila pedas dan hati sendiri yang sakit. Kenapa la dia dengki sangat kat aku.. Tak tahu ke dia aku ni anak tauke? (bukan nak berlagak tau..jauh sama sekali, tapi atleast memahami la tugas masing2)..Tak tahu ke dia suka hati aku la nak buat apapun... Tak tahu ke dia tu siapa...huhuhu~ Pelik3.. Akupun cerita terus kat mak sebab mak kata mak dengar apa yang aku cakap dia. Ya, memang mengadupun...sebab sakit hati sangat kena perli2 gitu. Mak akupun terus slow talk dengan dia. Apa mak aku cakap aku tak tahulah.. Dah sakit hati nak mengadap pekerja macam tu....:( He spoiled my mood!

No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button