CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

16 February 2010

Kaytee

Assalamualaikum.

Semalam aku pergi KT dengan Tengku. Alhamdulillah, awal2 pagi dah dapat bertolak. 7.50am(Awal la tu kan bagi insan2 yang berjaga malam seperti saya hehe). Siap2kan Juju lama jugak. Dah lilit2 tudung, dia tak berkenan plak. Banyak songe la plak Juju ni :P Nak sarungkan tudung Indon tu, tak ada plak yang size kecik sesuai untuk Juju. Actually biasanya Juju free hair je(udah dia budak2 lagi). Tapi aku nak biasakanlah dia bertudung. Slow2..Tak boleh lebih2 sebab mak Jujupun tak start suruh pakai tudung lagi:)

Perjalanan lancar. Alhamdulillah. Sampai rumah Tengku dalam 8.35pagi. Terus tukar driver hehe~ Mak Tengku pun ikut sekali. Tengku nak hantar mak dia balik kampung kat Jambu Bongkok. Sampai sana, singgah sekejap minum2 & sarapan kat warong family Tengku. Makan kuih dulu, alas perut.

Perjalanan diteruskan lagi. 10.30pagi, selamat sampai di Rusila. Rumah Nailah. Lama tak jumpa. Dapatlah bersembang dan bermesra lagi bermanja-manja hehehe~ Stay kat rumah Nailah sampailah waktu zohor. Best lepak sana. Rumah Nailah betul2 tepi laut. Duduk kat beranda, sembang2, gossip2, sungguh mengasyikkan lagi rasa nak tidur haha. Tapi sebab fikir ni 'rumah orang', jadi kena jaga adab okey kih3.

Lepas menjamu selera kat rumah Nailah (Sangat sedap makan nasi gulai daging, ayam masak kuning pedas, sayur pucuk ubi masak lomak cili api, agar2 santan hijau, tembikai, ikan masin, belacan, air jagung..pergghhh penuh batnun hehe)

Contact 'ayah dan mak angkat', tapi semua tak ada di rumah..huhu~ Sangat sedih. Cikgu kata lain kali plan semula. Oh cikgu2, saya rindu sangat nak jumpa dan bercerita itu ini dengan cikgu.. :( Apakan daya..Next time ye!

Kamipun pergi bandar jelah. Cuaca sangat panas. Tak tahan rasanya nak duduk dalam kereta lama2 dan nak jalan2 area KT tu. Last2 kami singgah Mydin je. Itupun tak lama. Beli baju Isha je 3 pasang.

'Alyaa called. Katanya Hayyi suruh datang rumah. 'Suruh' okey? Yela2, i datang la.. :P Masa ni dah nak masuk asar dah pun. Best pergi rumah Hayyi. Tenang....je. Sambil sembang2, sambil tengok2 album kahwin depa (sangat exclusive! nak tempah Pali jugaklah:P) sambil makan 'kepok lekor' tok saudara Hayyi. Siap kena paksa makan sampai habis! Ada ke patut buat tetamu macam tu? hehe.. Aku mintak depa bungkuskan je. Boleh makan dalam kereta nanti. Memang full sangat dah time tu. Kes makan banyak kat rumah Nailah hehe~

Dalam 5lebih, kami terpaksa bertolak pulang. Tengkupun nak ambil kakak dia plak kat kampung. Ikut balik Dungun sekali. Akupun tak sedap hati juga nak drive malam2 kalau balik lewat sangat. Duk terfikir kedai jugak..Cuti2 ni ramai customer biasanya. Mesti kalut kalau aku tak tolong sama...Walaupun aku dah mohon cuti dengan mak, tapi...faham2 sendiri la kan. Mesti kena tolong jugak kat kedai huhu~

Alhamdulillah, dalam 7.15pm aku selamat tiba di rumah. Semua macam happy sangat aku sampai awal dari jangkaan..Sebab aku kata aku balik malam huhu~ Ni before maghrib dah balik..Aku belikan 'kepok lekor' 808 yang Hayyi kata sedap & famous tu(memang sedap sangat! Rugi tak beli banyak2 hehe..malas nak beratur sebenarnya) dan jagung rebus. Cukupla kan untuk family ku menjamu selera:)

  • TQSM kat Tengku..Tak puas bersembang sepanjang kita bersama tu..huhu~ TBC ya Ku...
  • TQSM juga kat Juju sanggup ikut Kak In;si pembuli kanak2 ini kih3
  • TQSM kat 'Alyaa & Hayyi sekeluarga. Lain kali I singgah lagi. Time tu I datang dengan perut kosong yep? :P
  • TQSM kat Nailah sebab layan kami dengan baik sekali;) Jaga diri baik2 di Negeri 9 sana...
  • Finally...Thank You Allah..Perjalanan pergi dan pulang kami dilindungiMU. Alhamdulillah! ♥

No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button