Assalamualaikum.
Hari ni rasa 'cemerlang' je sebab lepas subuh tadi terus pergi jogging kat pantai. Plannya nak pergi dengan my brader..Tapi dia plak kepenatan baru balik kem. Jadi aku proceed jelah pergi dengan sepupu cinonet;Juju.. Baru darjah 3. Suka sangat Juju dapat kutip siput2 dan kulit kerang pelbagai bentuk tu. Aku seorang diri je terkedek2 berlari hehe~ Siap buat taichi lagi. Tapi Juju tak nak ikut buat sekali. Dia kata malulah nanti orang tengok. Padahal tak ada orangpun! Tu yang aku 'berani' buat tu heheh~ Sangat best la jogging kat situ. Pantai yang depan rumah ni je.. Betapa aku tidak menyedari keindahannya selama aku menetap di sini. Sayang sungguh~ Sambil tarik nafas, sambil tengok matahari terbit! Laut terbentang luas dihadapan mata.. Seolah tiada hujungnya di sana...RELEASE SUNGGUH!
Actually, Lama dah nak pergi tapi adik beradik aku warning. Depa kata tu tempat penagih dadah & budak2 muda suka lepak. Memang ramai lepak tapi petang2lah. Lepas2 subuh tu tak ada orangpun..:) Line clear! Jadi 'bodyguards' semua jangan risau okey..
Hmmm...Aku nak tidur dah sebenarnya. Tapi aku tak 'diizinkan' lagi untuk bersenang lenang. Kena standby takut2 ada order air yang banyak (huhu tak sukanya aku saat2 begini). Esok pepagi lagi aku nak bertolak ke Kuala Terengganu. Singgah sekejap di Dungun ambil Ku dan ibunya. Aku ajak Juju aku ikut sekali. Dia ada duduk sini sempena sekolah cuti CNY. Kesian plak nak tinggalkan dia. 1 hari mesti kebosanan nanti. Jadi ajak jelah... Tapi tak bolehlah nak sembang2 private sikit dengan Ku esok sepanjang perjalanan. Nanti Juju report huhu~
Alhamdulillah, hari ni mak aku dapat 2 pekerja. Seorang lama(mbak indon yang katanya pulang ke kampung sekejap) dan seorang baru; dari Thailand. Muda lagi, 18tahun, lelaki. Ada mbak ni memang beres la sikit kerja2 mak aku. Tak perlulah mak nak sediakan semua sekali bila nak start buka kedai tu. Jadi sekarang pekerja dah ada 3 orang. Alhamdulillah. Tapi aku tetap kena buat air as usual...(huhu sedih lagi)...
Untuk esok memang dari minggu lepas lagi aku beritahu mak aku. Aku nak pergi KT. Masa tu memang buat2 tak peduli pekerja tak ada sekarang. Maknanya kalau aku pergi tu, memang mak kena tutup kedaila. Dah lama weh tak berjalan2 melihat alam huhu~ Kali ni memang 'bertegas' sikitlah...Apapun keadaannya, nak pergi jugak.. (kononnya..). Tapi Alhamdulillah, Allah bantu mak aku, Allah murahkan rezeki, datangkan 2 pekerja ni. Moga2 lancarlah tugas2 anda sekalian semasa ketiadaan saya nanti yep.
Oklah, dah pukul 12am. Aku rasa dah boleh beransur kot.. Kalau kena panggil jugak nanti untuk buat air, tak tahu nak katalah...huhu~ Harapnya tidaklah ye..Saya nak rest dah... :-/
p/s: To my friend yang akan berangkat pulang ke kampung esok pagi, hati-hati ya..
No comments:
Post a Comment