CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

10 February 2010

Keindahan pagi

Assalamualaikum.

Pagi ni tidur agak terganggu. Sorry ye my brader sebab you perasan i masam je pagi tadi. Bukan apa, semalam memang tak boleh tidur. Again. Penyakit insomnia sudah datang kembalikah?huhu~ Mungkin sebab jadual hidup dah berubah plak lepas tak jadi cikgu ganti kat mana2 sekolah. Petang-pagi tolong mak kat kedai. Biasanya jam 2 pagi tu dah boleh relax. Entah kenapa tak boleh tidur sampailah jam 4/5 pagi.

Macam semalam pukul 5 kot terlelap. Lepas subuh hajat nak sambung balik(jangan contohi ye, berpagi2 murah rezeki. Tapi saya cari rezeki malam hari;) Jadi adilla kan untuk tidur pada waktu tersebut hehe~) Adik aku kejut minta tolong hantar ke sekolah. Dia ada kem pengawas. Banyak barang kena bawak...Nampaknya, sunyilah rumah ni for 3 days :(

Bila sampai je kawasan sekolah tu, kereta bergerak sangatlah perlahan. Yela kan, berderet nak hantar anak2 sekolah. Tapi mataku terpesona dengan keindahan pagi! MasyaAllah sangat cantik! Tak tahu nak cakap dah! Sang mentari baru nak memancarkan senyumannya, langit kebiru-biruan, ada warna ungu terbias-bias gitu.. ish, kesimpulannya sangat cantiklah! Mungkin aku je yang kagum keseorangan sebab aku jarang berpagi2 (hahaha)... Aku terus suruh adik ambil gambar. Tapi handphone dia tak canggih mana :P Aku plak tertinggal phone & camera semua. Biasanya memang aku bawak bila keluar. Moody sangat kot pagi tadi sampai tak bawa apa-apa. Ala..ruginya..:-/

Usai je hantar adik, terus pecut balik. Sampai perkarangan rumah, ambil camera, broom!broom! hehe yo yo oo je bunyi macam tu. Actually agak malu nak snap2 pic kat kampung ni. Yela kan, tak pernah plak aku tengok ada orang ambil2 gambar kat area rumah aku ni. Aku je kot. Sampai orang2 kampung yang berpagi2 semua macam pelik tengok aku. Ish, malu la plak....Walaubagaimanapun, perasaan excited mengatasi segala-galanya. Biarlah, bukan orang kenal aku sangatpun :) ~ kecualilah mereka tu selalu datang kedai aku, barulah mereka sedari yang Kak Ma tu ada anak perempuan seorang :) Itupun masih ada yang ingatkan aku ni pekerja baru Kak Ma. Haiisshh! 

Oklah, inilah pic nya. Tak lama sangat duduk sana sebab malu hehe~

Depan rumah jiran tetangga

Subhanallah

Permandangan dari dalam Kassim Selamatku. Best sebab lorong nak ke pantai ni straight je. Bila dah nak hujung tu, betul2 sampai kat tebing pantai.

Indah!

Seluruh makhluk ciptaanNYA berzikir padaNYA

Lainkali nak berpagi2 lagi lah kat sini.

Alam ciptaan ALLAH bukti ALLAH itu ADA lagi Maha berKUASA

2 comments:

srikandi said...

cantiknye u..bestnye..nanti bawa i pergi tgok jugak ye..hehe=)

SoalHati said...

inshaAllah.
tapi u kene datang rite after subuh hehe~

.I ♥ Khat.




Grab A Button