CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

04 October 2008

esok balik kampus!

Alhamdulillah, seronok semalam. ramai-ramai gubah hantaran kahwin abang. semua buat sendiri kali ni. macam merisik dan tunang hari tu, mak tempah je. yelah, siapalah nak melayan benda tu semua. mak sibuk kat kedai. aku pulak tak balik rumah. jadi terpaksa tempah je. kali ni, tekad nak buat sendiri semuanya. seronok jugak. tuala tu kejap buat teko, buat buah. macam-macam idea ada. mak, angah(adik mak) dan abanglah yang paling bersemangat buat. tapi aku banyak gak tolong. tolong ambil gambar je. nak buat video klip nanti. sapai orang panggil aku ni wartawan bebas.hehe. aku kalau dah ramai-ramai buat, aku suka tengok je. sebab benda tu kalau ramai-ramai sangat bagi idea, pening jugak nanti. selera masing-masingkan berlainan...
Hari ni,rumah kembali sunyi. semua saudara mara dah balik. 2 hari ni ruang tamu, ruang makan, semua dah jadi macam kem pelarian. almaklumlah, rumah tak besar mana, bilik ada 4 pun tapi tetap sempit. penuh! semua jadi tempat tidur. tapi seronoklah. sampai makpun sibuk nak tidur kat luar, sebab nampak seronok tidur ramai-ramai. hehe.. tapi aku tetap kena masuk biliklah. dah sepupu semua dah besar-besar. kena selalu bertudung juga. sampai sepupu yang kecik-kecikpun tanya,

kak in bakpe pakai tudung sokmo? ni kan dalam rumah?

yelah, kan ada sepupu tu..sepupu kan besar-besar dah. kita boleh kahwin ngan dia. jadi kenalah pakailah tudung..tutup aurat..

terus diam budak-budak tu. entah tercapai maksud ke tidak. hehehe..

Si Re dan Mi pulak asyik tidur je sepanjang hari. penat agaknya. mungkin juga bercampur stress. mana taknya, budak-budak datang beraya, semua sibuk nak main dengan depa. kesian aku tengok! ada yang try sumbat daunlah, kerepeklah,gula-gulalah. ya Allah...kesian hamster aku! ada jugak yang aku warning jangan sentuh! kalau tak bertegas macam tu, innalillah la hamster aku. huhu.. budak-budak main ganas! akhirnya aku terpaksa letak hamster di ceruk dapur. kesian....

Oklah. hari ni aku nak beraya dengan abah di kuantan pula. mungkin pergi rumah mak ngah dan maklang. then, pergi tengok wayang. senario the movie-episod 1! hehehe. saudara mara tak ramai yang area berdekatan. ramai kat melaka. jadi, kita serang pawagam jelah:)
ok, jumpa lagi. esok dah kena balik kampus... sedihnya. menakutkan pun ada......:/

No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button