CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

05 October 2008

CERITA SEMALAM

hmm.. malam ni aku akan balik ke kampus. aku naik bas HISMAT. kalau mood pakcik bas baik, dapatla aku naik depan rumah je. tak perlu abang susah payah hantar aku kat bus stop kemasik. bukan apa, mak dah stat buka kedai semalam. pelanggan..masyaAllah...sampai mak kata nak buang air pun tak sempat. huhu. kesian mak. pagi ni mak bangun,. terhincut-hincut mak jalan. sakit sangatlah tu.lama berdiri.. ish, sedih aku tengok! kalau bas dapat ambil depan rumah je, bolehla aku tolong mak lama sikit...


semalam aku ingatkan mak tak nak berniaga lagi. sebab 2 orang pekerja mak tak balik lagi. mereka menetap dirumah ni juga.

4 SYAWAL 1429H
11.45am.
aku ikut abah beraya di kuantan. mula-mula pergi open-hose rumah kawan abah. hmm..segan plak. sebab tak kenalpun kawan abah yang ni. tapi, tetap makan satay 5 cucuk. then pergi rumah mak angkat abah pula. abah orang melaka. masa abah menetap di kemaman untuk cari rezeki, 'mak long' lah yang jaga abah. sampailah abah berumahtangga, ada anak, semua mak long ambil berat. mak long sempat tolong jaga abang aku. la ni mak long dah tua. tapi sihat walafiat lagi. aku panggil tokwan. lama juga beraya rumah mak long. dalam 2jam lebih. kalau dah bersembang tu. tau-tau jelah. macam-macam cerita keluar. yang tak patut didengar oleh budak 18tahun ke bawahpun ada. hehe

2.30pm.
lepas tu kami ke Bukit Goh. kononnya nak buat surprise kat mak ngah. sekali sampai....hek elleh! mak ngah baru saja meninggalkan jejaknya. mereka sekeluarga dahpun bertolak ke rumah mak lang. apa lagi..tanpa banyak bicara, kami serbu rumah mak lang pula.

ha..kat sini ramailah yang berkumpul. seronok juga dapat jumpa saudara mara sebelah abah. sepupu-sepupu ramai dah kahwin. dah ada anak pun. kalau sebelah mak tu, seorangpun tak kahwin lagi. semau ternanti-nanti dengan penuh excitednya nak raikan kenduri kahwin abang nanti. selaku cucu sulong dan pertama yang kahwin! adakah aku yang kedua?? hehe. wallahu'alam.. kita lihat siapa yang kena virus tu.kih3.

5.30pm
lepas dah menjamu selera, melepas rindu serba sedikit, kami caw. kami pergi main bowling plak kat Hugo. hmm..pakai jubah ni. hentam sajalah. mana tahu abah nak ajak main bowling. huhu. ohye, kami beli dulu tiket nak tengok wayang. cerita apa? tekalah!

9.10pm
habis nonton wayang 3 beradik, kami ke kedai mamak. isi perut. lapar maa.. abah tunggu di sana. abah tak join tengok wayang sebab abah ade temu janji dengan kawannya. selEsai mengisi perut, kami berangkat pulang.

10.45pm
tiba di rumah...hekk!!! ramai giler orang.. ya Allah, kesian kat mak aku!!! tanpa menyalin baju raya itu, aku terus menyarung apron dan membuat air yang ditempah pelanggan. ya Allah...aku kesian kat mak. sungguh! sungguh kesian..mak buka kedai harini. mak kata sebab pekerja lagi sorang dah balik. yang thailand je belum. buka jugalah. rugi kalau tak buka. raya ni orang ramai.

sepanjang beraya tupun, aku teringat kat mak sebenarnya. abang ada sms cakap kedai buka. tapi apa aku boleh buat? kasihan juga kat adik-adik yang nak enjoy setahun sekali. maaf mak ye....huhu.

2.10am
otak aku dah tak berapa stabil. rasa berputar-putar je bumi ni. memang bumi berputarlah! akupun mengundur diri. kendiri.'Ain....'Ain...air......! aku dengar Kak Seri menjerit namaku. mohon aku buat air. tapi aku....tak mampu lagi....lalu..... zzZZZZZZZ.......

5 SYAWAL 1429H

3.00pm
tadi aku sempat jua akhirnya bertandang ke rumah sahabatku 'Alyaa. lama rasa tak jumpa dia. kalau tak pergi raya ni, rasa tak lengkap jadinya. walaupun sekejap cuma, tapi cukuplah untuk meluahkan rindu yang dirasai bersama. ewah! berfalsafah plak aku. THANX ye 'Alyaa..inshaAllah, nanti kita jumpa lagi dan sembang panjang. jumpa tadipun, dah macam-macam cerita yang keluar. hmm.... :)

THANX juga buat mak sebab bagi guna kereta dan mengizinkan anakmu ini drive seorang diri ke sana walaupun ku mengerti, mak mengizinkan dalam keterpaksaan. kih3.. tapi apa boleh buat, anak tunggal perempuan mak ni 'degil' juga sebenarnya. hehehe. Alhamdulillah selamat pergi dan pulang. ni baru kali ke2 pergi kerteh drive sendiri. aku ni manalah keluar rumah sangat. tu yang mak tak berapa sedap hati. takpe mak.... innallahamaana.

THANX juga buat Badi. sebab dialah yang tolong aku masa nak cross jalan. hahahahaha..lawak betul! kereta berderet! dekat 15minit aku tunggu tepi jalan tu nak boleh cross! semua laju-laju plak tu. nak kena abang jugak yang tolong! hehe..

2 comments:

miss hareere said...

ain..dtg kuantan xjenguk pun umah akram..(terasa hati)..huhuhu..lg satu, hugo dh lama xde la..dh tukar ke supermarket lain..

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

orang x jemput takkan nak gi hehe..oh ye ke..lama x jalan2 kuantan., tk tahu plak dah tukar nama...

.I ♥ Khat.




Grab A Button