CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

.Tetamu Istimewa.

09 October 2008

bila mak sudah tiada..bayangkanlah kehidupan kita.

Assalamualaikum.

Apa khabar sahabat-sahabat semua? Terima kasih kerana mengunjungi blog soalhati. Tak bersawang lagi kan? Baru 4 hari tak update, rasa rindu sangat nak update.tapi apa nak cerita?

Isnin- aku selamat tiba di kampus. Tak sangka pula perjanalan kali ini mengambil masa 7 jam. Aku jangkakan, mungkin sampai kampus dalam 6 pagi memandangkan aku naik bas dalam 2 pagi. Tapi tidak… aku sampai 8.45pagi! kelas pukul 8 pagi. Aku terpaksa cancel untuk hadir ke kelas. Tapi aku dapat rasa kelas tak ada. Sebab kelas kali ni ada lecturer lain yang akan masuk. Lecturer asal dah cuti bersalin. Tinggal 1 topik je lagi belum cover. Alhamdulillah, tadi kawan cakap memang tak ada kelas pagi tu. Siapakah lecturer ganti tu?

Selasa- aku ke kelas macam biasa. 2 hingga 6.30petang. sangat penat! Mungkin penat naik bas 7jam tak hilang lagi. Sakit sendi-sendi tulangku. Hmm.. habis kelas, aku tunaikan kewajipan selaku hambaNYA di masjid kampus. Bimbang kalau aku melangkah pulang ke bilik, tak sempat pula nanti. Dinner juga di masjid. Eh, bukan dinner, tapi, ‘breakfast’ sebenarnya. Aku seharian tak makan. Entahla, kurang selera kali ni. Semalam juga begitu. Lewat jam 11 malam baru aku makan. Itupun sebab gastric dah banyak kali menyerang. Aku stay di masjid sampai maghrib. Solat disini jelah sekaligus.

Sedang online di cc, aku dapat khabar sedih dari sahabatku kak Erni. Mak kak zatil telah meninggal dunia selepas isya’ tadi. Innalillahi wainna ilaihi rojiuun…. Aku sempat bertemu mak kak zatil sekali masa sem 3. Masa tu mak kak zatil terlantar di hospital. Ramai bertanyakan aku siapa yang akan ke sana, ziarah family kak Zatil. Dalam hati aku menjawab, ‘’aku! Esok kelas aku cancel 2 kelas. Kelas EAP? Lecturer sporting, aku boleh sms dia beritahu perkara sebenar. Sir Azman boleh terima.

Setelah bertalu-talu sms dan call aku terima dari sahabat-sahabat, akhirnya dalam 2.15 pagi kami jadi jua bertolak ke Kelantan darul naim.macam tak percaya pun ada aku akan ke kelatan malam ni.ni kali kedua lah aku ke Kelantan. 1st masa kak Ja kahwin. Baru tadi baca Majalah I yang terkini. Gambar tok guru kat depan. Baca pendapat tok guru pasal ‘’cinta selepas kahwin itu indah’’. DitakdirkanNYA, malam ni jugak pergi ke negeri tok guru.

Dipendekkan cerita, kami pergi berlima. Aku, Tengku, Farhaini, Mad Dwan dan Abe. Meminjam kereta sahabat. Terima kasih banyak-banyak pada tuan empunya kereta. Selesa sekali perjalanan kami. Kami plak tak drive. Tidur sajalah kerjanya. Maaf ye kepada driver. Tak ada perkara lain yang boleh di bantu.

Rabu- tiba di rumah kak zatil dalam 11.15 pagi. Kami tiba lewat sebab singgah dulu rumah Abe. Kendiri, sarapan dan rehat seketika. Alhamdulillah selamat jua sampai akhirnya. Ramai betul orang ziarah allahyarhamah mak kak zatil. Aku hanya menyaksikan satu persatu yang mereka lakukan. Dari urusan mandi jenazah, kafan dan seterusnya di usung ke surau untuk solat jenazah. Tertalu ramai yang datang membantu. Jadi, eloklah kami berdiam diri saja. Memerhati dan 'belajar'. Oh, aku belum sms Sir Azman beritahu aku ponteng harini. Terus aku kirimkan sms pada sir. Sir pesan pada aku untuk present hari Jumaat. Tqsm sir!

Dalam 2petang. Kami beredar dari rumah kak zatil. Sedih tengok keluarga kak zatil. Sedih lagi tengok kak zatil. Seorang kakak yang sangat tegas. Tapi dalam keadaan ini, pastinya ketegasannya juga teruji. Dia akhirnya mengalirkan jua air mata saat kami hendak berangkat pulang, bersalam-salaman dan berpesan-pesan. Ya Allah, kuatkanlah semangat kak Zatil…

Khamis- 2pagi, kami selamat tiba di kampus semula. Dari Kuala Krai , (singgah lagi rumah Abe untuk kendiri, makan..) hanya seorang sahabat yang drive sampailah ke kampus. Ish3..kesian sungguh! Sekali lagi, tiada apa yang dapat kami bantu. Mohon maaf ya. Terima kasih. Hanya Alah dapat membalas pengorbanan bersengkang mata, tak dapat rehat dan lain-lain.

Oklah, aku catat sampai di sini saja. Semalam call adik, dia kata dia demam. Isnin ni nak PMR dah. Dokan kejayaan adikku dan seluruh adik-adik yang ambil PMR tahun ni. Semoga Allah permudahkan. Aameen. Rasa nak balik je huhu. Nak bagi semangat pada adik!

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button