CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

12 October 2008

permudahkanlah urusan kami

11 Oktober 2008
Beberapa hari ni, hidup dirasakan agak sesak. Kenapa ye? Adakah sebab hubungan denganNYA tak berapa ok… atau ada masalah sesama manusia? Ya, mungkin. Dua-dua perkara tu mesti aku persoalkan pada diri sendiri. Kenapa keadaan menjadi bertambah rumit dan rumit. Kenapa masalah datang bertimpa-timpa. Tak cukup masalah sendiri, masalah insan-insan disekeliling juga.. ya Allah…kuatkan aku!


Semalam mak call.Ada 2 berita. Sedih dan gembira. Nak cerita mana satu. Sedihlah Pekeja mak yang mak anggap macam anak sendiri tu dah melarikan diri. Fuh! Kesian betul kat mak. Macam mana nak berniaga kalau pekerja cuma seorang? Campur ayah yang membantu, masih tak cukup. Sedangkan masa ada 2 pekerja pun agak huru-hara, inikan pula seorang cuma. Nak buat air lagi, nak hantar order lagi, order makanan lagi..basuh pinggan lagi..kira lagi… ish, kesian sungguh!!! Sanggup perkerja tu buat macam tu. Entahlah..orang kata hutang budi di bawa mati. Tapi ni di bawa lari ni.. tak kenang budi.huhu..kasarnya. tapi itulah reality. Dengar cerita, dia nak kahwin, atas desakan keluarga. Mak kata

mak dok(tidak) kisah nak kahwin ke, apa ke, kahwinlah, tapi beritahulah awal-awal supaya kita boleh cari pekerja ganti awal-awal…
dah mak meniaga ke hari ni? Tak dok(tiada) orang tu…
dok tahulah kak in..niaga kot. Dah barang-barang banyak dalam peti tu. baru beli tadi. Takkan nak tutup..
kesiannya….

Dalam hati aku melonjak-lonjak nak balik. Ni bukan kali pertama pekerja mak buat hal. Banyak kes dah. Rata-rata melibatkan lelaki. Lari kerana ikut lelaki! Ikut suami orangpun ada. Tu kes paling mencabarlah bagi mak aku. Hmm.. kebiasaannya aku balik on the spot bila ada hal-hal ‘emergency’ sebegini. Aku balik jadi pekerja mak. Tapi kali ni? Aku tak mampu. Assignments terlalu banyak. Siapa suruh kumpul…huhu. Tapi yang baru dapatpun ada. Cuti hari tu manalah pedulikan ni semua. Memang raya sepuas hati. Sekarang dah tak puas hati plak tak boleh balik. Apa mampu buat???

Doa. Ye, doa sajalah senjata yang aku ada…

Esoknya aku sms mak
Mak, nege ke?

Terus ringtone Selamat Hari Raya- Sudirman haji Arsyad berkumandang lagi.
Kak in..ramai sangat orang kak in...mok nok pengsan doh(dah) ni..
Ya Allah..mak buka ke..
Bukalah dah barang banyak tu.sayang kak in..
Doh sape amik (ambil)order?
Ayah soranglah..dah Seri tu buat air..
Ish..ish..ish.. ada pelanggan mengamuk dok(tak)?
Ada..pahtu(selepas itu) mok sound ke dia..mok kata kalu nok cepat-cepat balik masok sendiri. Kena sabarlah dah pekerja dok cukup ni.. terus dia senyap kak in
Hehehe..padan muka..
Eh kak in, ada order lagi ni. Mak tepon awok(awak) kejapje. Dok dang nak balas sms
Ok2...
Bye.
..........


12 Oktober 2008
Alhamdulillah...tadi dapat attend Jamuan Raya Mahallah Safiyyah. ni jelah yang aku dapat datang. memandangkan cafe ditutup dan memang di sini jelah sumber makanan yang ada. hehe.. nak pergi beraya di luar, bilik kawan-kawan, memang tak sempat dalam tempoh ni. Assignment banyak giler....huhuhu....








No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button