CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

27 August 2008

MALAM YANG DINGIN

Assalamualaikum.kenyit
Semalam aku berkesempatan menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam anjuran RTM dan SRC. Rakaman ni akan disiarkan bulan ramadhan nanti. Tak ingat plak berapa haribulan. Tapi dalam 10 hari terakhir ramadhan lah. Hehe.. kena berlakon sikitlah mereka yang terlibat menjayakan forum tu, konon2 semalam tu bulan puasa. Kelakar plak. Actually semalam ada 2 sessi rakaman. 1st rakaman habis dalam 10.40mlm. nak tunggu next rakaman ke? Aku dah tak larat nak berlakon ecece..macamlah aku krew kat situ. Actually, terpaksa keluar dulu sebab memenuhi tanggungjawab yang lain pula.


Point penting forum Malam Yang Dingin:
1) Actually malam yang dingin ni bermaksud Lailatul Qadar. Sengaja dipuitiskan sikit tajuknya.


2) Lailatul qadar adalah malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. 1000 bulan bermakna 83 tahun. Adakah jangka hayat hidup kita mencecah 83 tahun? Wallau’alam.tetapi barangsiapa yang memperoleh malam istimewa ini. Diibaratkan pahala amalannya adalah sebanyak dia beramal untuk 83 tahun! Ha…banyakkan? Kalau benar kita hidup selama 83 tahunpun, entah amalan kita banyak atau sebaliknya…tak campur lagi zaman ‘jahiliyah’ kita masa kecil ke, masa muda ke, keadaan fizikal kita yang tak berupaya menunaikan ibadahke...


3) Persoalan lazim, bilakah berlakunya Lailatul Qadar? Kesimpulan yang aku dapat, sememangnya malam al qadar berlaku pada 10 hari terakhir ramadhan. Tetapi usahlah kita terlalu meilih tarikh tarikh yang ada sepanjang 10 hari terakhir tu.
Hamba Allah yang dicipta dengan pelbagai kebaikan, sepatutnya sentiasa mahu dekat dengan Pencipta, tak kira masa.


4) Sesiapa yang berusaha untuk beramal ibadat pada 10 malam terakhir, pasti dapat! Tapi kita tak sedar pada malam bila kita memperolehinya. Jadi kitapun taklah menghebahlan kepada orang lain sebab kita tak sedar dan tak tahu. Maka amalan kitapun inshaAllah, ikhlas. Sebab apa? Sebab kita tak heboh-hebohkan apa yang kita buat pada malam-malam terakhir itu… jadi terpeliharalah amal ibadat kita daripada rasa ujub, riak dan lain-lain lagi sifat mazmumah. inshaAllah, kitakan dapat redha Allah dengan keikhlasan kita dalam beramal.


5) Sunnah Rasulullah, Baginda akan mengejutkan ahli keluarga baginda untuk sama-sama munajat pada Allah di malam –malam terakhir Ramadhan. Inilah contoh peranan ketua keluarga. Disinilah bermulanya didikan agama yang terbaik untuk keluarga. Maka akan lahirlah keluarga yang harmoni andai kata kesemua ahli keluarga, dekat dengan PENCIPTA.


6) Bagaimana dengan mereka yang tak mampu untuk beramal ibadat di 10 hari terakhir tu? Misalnya disebabkan keuzuran yang tak dapat dielakkan.
Rasulullah bersabda: pada 10 hari terakhir, carilah Lailatul Qadar. Tetapi jika tidak mampu, janganlah dilepaskan 7 hari terakhir itu.


Itulah beberapa point yang sempat aku catat. Kalau nak tahu lagi, tunggulah siaran Forum tu ye? Dapatlah tengok wajah soalhati dan sahabat-sahabat soalhati sekali.ihikhik Memang duk depan la jugak. Tapi bukan sebab nak masuk tv tau. Tak muatpun kalau nak masuk kih..kih..kih…jelir

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button