CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

28 August 2008

CERITAKU




Ponteng lagi.


Semalam aku dan Teha tak pergi kelas. Menghadiri ujian memandu lagi. Sem 1 ni dah tak terhitung rasanya berapa kali aku mengunjungi institut memandu tu. Mujurlah dekat cuma. Semalam sepatutnya aku present. 2 presentation. 1 berkumpulan dan 1 lagi individu. Terpaksa aku sms semua group member aku untuk dapatkan persetujuan mereka supaya present hari jumaat. tapi apakan daya, madam suruh mereka present dulu semalam. Mungkin madam bimbang ada yang akan balik kampung dah hari jumaat ni. Ya, akhirnya aku terpaksalah present seorang diri. Special case. Nak present berapa minit ye? 5 minit cukuplah. Sebab kalau ikut group semalam, 3 minit seorang je diperuntukkan, sebab every group just have 30 minutes.


Malang tidak berbau.


Masa test semalam, berlaku 1 accident. Innalillah… lemah semangat aku bila tengok dah tergolek macam tu. Dia terlajak masa buat brek kecemasan. Alhamdulillah tak ada apa-apa pakcik cakap. Tapi test terpaksa berhenti seketika. Mungkin dia dah brek tapi dia tekan minyak lagi lepas tu. Terus terlajak dan langgar tayar2 besar yang jadi penghadang pagar. Bila tengok tu macam jauh jugalah dia terlajak….ish3…mujur tak ada apa-apa. Kami semua yang belum test dipesan supaya jangan bawa laju sangat dan jangan slow sangat. Mungkin JPJ pun jadi lembut hati lepas tu kalau kami brek kecemasan tak nampak ‘cemas’ sangat. Hehe..asalkan tak accident! Huhu. Semalam juga aku baca metro, ada seorang pakcik ni, usia dalam 70-an. Dia meninggal dunia di institute memandu di Johor. Arwah terjatuh masa ujian brek kecemasan. Lepas tu doctor sahkan pakcik tu meninggal dunia...innalillah wainnailahi rojiuun… kesian pakcik tu…Dah ajal mautnya tiba masa tu. Tak siapa menyangkakan…



Sambut kehadiran Ramadhan


Esok balik!!! Ya, esok balik. Jam 12 tengah malam bus transnasional. Ada sesiapa nak ikut? Hehe.. adik aku dah balik semalam. Tetiba je. Sebelum ni dia yang duk kata tak nak balik. Nak sambut merdeka kat KL la katakan..apa istimewanya sambut merdeka kat KL? Aku tak de perasaanpun… mesti ramai mat-mat indon, bangla dan lain-lain bangsa lagi duk sambut merdeka kat sini. Baik balik rumah, dapatlah nikmati menyambut kedatangan RAMADHAN KAREEM bersama keluarga tersayang. Jalan kaki pergi terawih sesame adik beradik, sahur dengan hidangan yang lazat, tolong mak berniaga…wah, mesti best! Tapi kalau puasa kat rumah, kena sabar sikitlah bila nak berbuka.pastinya kena berbuka lambat sikit dari orang lain. Biasanya aku jamah kurma dan minum air beberapa teguk.lepas tu teruskan kerja aku menyiapkan air pelanggan. Biasanya dalam kul 8 lebih dapatlah makan…itupun kena cepat-cepat. Sebab nak solat maghrib lagi dan bersiap sedia ke surau. Mujurlah jarak rumah aku dan surau kampung tak berapa jauh. Selang 5 buah rumah saja. Jadi kalau tak pergi terawih kat surau tu, rasa malu sikitlah…malu pada diri sendiri…


Semoga kedatangan Ramadhan kali ni lebih lagi bermakna buat diri aku, ahli keluarga, sahabat-sahabat dan semua umat Islam di seluruh dunia..sama-samalah kita rebut setiap masa yang kita ada untuk niatkan segala amal kerana Allah. Di bulan Ramadhan, amalan sunat pahalanya bak amalan wajib. Amalan wajib pula bila ditunaikan, maka dapatlah 70 kebaikan. masyaAllah…mahukah kita menjadi manusia yang rugi? Mensia-siakan kehadiran Ramadhan dan hanya menunggu kehadiran Syawal untuk bersuka ria….Pasti tidak! inshaAllah. Soalhati doakan yang terbaik untuk semua! Aameeen.


4 comments:

k.riah baik ati :p said...

ain, kasut kite same ah! tp mesti saiz lain kn? huhu..

k.riah baik ati said...

slamat menyambut ramadhan ye.. :)

shinta said...

Alhamdulillah bulan Ramadhan....sebentar lagi tiba.

Mohon maaf lahir dan bathin

bila ada kata-kata atau perbuatan yang salah selama ini.

Semoga di bulan Ramadhan kali ini

dapat lebih memacu kita menjadi pribadi yang baik

yang selalu tawadhu dan tetap istiqomah di jalan Nya.

Amin.

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

kak riah yang hatinya baik..
hehe...memangla x sama saiz..
apapun, BATA pilihanku hahaha

mbak shinta,
slamt menyambut ramadhan al mubarak..
kapan kita bisa ketemu ya..

.I ♥ Khat.




Grab A Button