CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

28 July 2008

'ALHAMDULILLAH' JE KE?

Alhamdulillah, beberapa perkara yang aku gusarkan semenjak dua ni dan 1 perkara yang aku tanggung sepanjang 2 sem, telahpun setel! Dalam beberapa minit cuma! Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Cukupkah dengan melafazkan Alhamdulillah? Aku termenung sejenak…

Memang manusia mudah melafazkan syukur. Apatah lagi kalau masalah yang dideritai dapat diselesaikan dalam sekelip mata tanpa disangka. Pasti bertambah-tambah lagi lafaz syukurnya. Namun, cukupkah sekadar itu? Pada pendapat aku yang serba dhoif ini, syukur kita wajar ditafsirkan bukan sekadar lafaz, tapi perbuatan sekali. Macam mana nak lahirkan syukur menerusi perbuatan? Ha, ni senang saja. Senang cakap, tapi amalinya…memerlukan keikhlasan, ketekunan, kesabaran dan konsisten! Yakni, amal yang berterusan. Tapi itulah tanggungjawab kita kan? Memang tujuan penciptaan kita di dunia ini untuk beribadat kepadaNYA. Jadi, mengapa dikeluh kesahkan…

Oklah, aku bagi satu contoh macam mana nak lahirkan rasa syukur menerusi perbuatan. Ada yang tak sempat nak solat dek terlalu busy dengan kerja. Urusan dunia. Sampai bilapun tak selesai kan? Tapi renungkan kembali. Kalau kita tak solat, kita terus bekerja, bahagiakah kita? Ya, mungkin kita gumbira saja. Tapi tenangkah kita? Ya, mungkin kita rasa tenang, kita tak ada masalah lain nak difkirkan. Tapi adakah bila kita dirudum masalah, hati tak tenang, emosi tak stabil, bercelaru, baru kita nak carI sejadah? Baru kita nak minta itu dan ini pada Tuhan? Walhal tatkala senang, jarang sekali kita mengingatiNYA. Sekiranya kita bersegera menunaikan solat, itu salah satu bukti syukur kita padaNYA. Segala nikmatNYA yang tak terhitung. Dalam sedar ataupun tidak. Setiap masa kita ingat DIA...inshaAllah

Bila kewajipan belum ditunaikan

Selagi tak solat, selagi itulah hati resah. Kat kedai aku, selalu pelanggan ramai datang bila waktu maghrib. Akupun geram. Sedia maklum, waktu antara maghrib dan isya’ sangatlah singkat. Kami mesti bergili-gilir untuk masuk solat. Apatah lagi kalau pekerja tak cukup. Aku cakap dengan mak,

“ Berkat ke rezeki kita kalau kita dapat hasil banyak tapi tak solat… rezekikan dari Allah.. bila-bila masa Allah boleh tarik balik rezeki ni kalau DIA tak redho…”

Terus mak tinggalkan kualinya dan menunaikan kewajipan tersebut. Kesian mak, terkejar-kejar macam tu… Kadang-kadang, sekali sekala balik, aku perhati pelanggan-pelanggan yang datang. Bila masuk waktu maghrib, aku dah usai solatpun, mereka tak balik lagi. Dalam hati terdetik juga, dia ni uzur ke.. tapi lelaki! Nak kata musafir, orang kampung aku jugak. Pakwe makwe sama-sama tak solat. Huu..sedih! macam manala nak mendirikan ‘masjid’ macam tu…kalau waktu solatpun kaki tak melangkah ke masjid.. ikutkan hati nak buat macam di kampus. Bila masuk waktu solat, tutup kedai! Haha.. tapi tupun time solat jumaat je. Kadang tu sengaja aku kuatkan volume tv bila azan berkumandang. Biar mereka dengar dan ada terdetik keinsafan di hati. Tapi apakan daya.. hidayah milik Allah. Kita hanya mampu berusaha.

Ohye, ada sekali tu. Aku lukis gambar mayat terbaring…di tepi kubur. Aku tulis kat situ “ sembahyanglah sebelum kamu disembahyangkan” “maut itu dekat”. Actually aku lukis kat whiteboard kecik tu sebab nak gantung dalam bilik. Sebagai peringatan bersama aku dan adik aku. Tapi entah macam mana, tengok-tengok tak ada! Aik, mana plak benda alah tu…. Takkan adik buang kot! Aku bukan tuju kat sesiapapun..hehe…

Rupa-rupanya mak aku pergi tayang whiteboard tu dekat depan kedai. Dekat sebelah tv. Dekat dengan kaunter. Jadi setiap pelanggan yang lalu kat situ, nak buat bayaran, mesti baca! Hahaha…. Bijak..bijak.. aku tak terfikirpun nak dakwah cara tu. tak sampai hati mungkin! Dah la gambar mayat berbungkus macam tu aku lukis.. tapi mak aku dengan slumbernya letak kat situ. Siap panggil pelanggan dia yang muda-muda terutamanya,

“ha, meh sini..baca ni…sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan..faham dok?”

Alahai mak aku…slumber badak je.. hehe..

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button