CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

27 July 2008

Masalah KECIL CUMA

Beberapa hari lepas, aku kebingungan. Tension sikit. Sebab? Pasal external hard disk je pun sebenarnya. Dah pasang tapi bila tengok kat my computer, tak ada. Apa patut buat? Aku cuba ikut arahan2 yang tertera pada kotak tu. Tapi tak berhasil. Lantas aku minta tolong sahabat-sahabat aku yang lebih arif dari aku dalam bab-bab ni. Namun usahanya tak berhasil juga. Katanya mungkin kena hantar ke syarikat tu semula. Syarikat tu jauh!! Subang!! Terus aku tanya sahabat aku lagi seorang. Fizah. Dia pernah praktikal kat sana. Katanya dari kampus ke sana mengambil masa 45minit-sejam. Ya Allah.... Bilalah aku nak uruskan hal ni plak. Tengah assignment yang menimbun ini..huhuhu.


Aku tanya fizah macam mana nak ke sana, naik apa, semuanya! Detail sekali. Kesimpulannya, nak ke sana aku harus menaiki bas-LRT-Komuter-taxi! Huhuhu. Tambang lagi. Aku adukan hal ni pada adik ku. Dengan harapan dia akan volunteer untuk menemani aku ke sana. Jawabnya “ala..tunggu jelah abah turun KL, boleh ajak abah pergi sana…”. Macam tu je repon dia??huhu. tapi betul jugak. Aku terus sms abah.

Abah memang turun KL 15ogos ni. tapi abah kata tengok dulu sebab abah nak pergi ke nilai plak. Kalau dah respon abah macam tu, memang tak ada harapan lah nak pergi subang dengan abah…
Aku putus harap. Dalam hati, biar jelah. Nanti dah reda-reda aku setel lah hal ni. Lagipun mesti warranty dia lama jugak. tapi aku nak hantar repair laptop ni… aku nak transfer semua file2 sulit yang ada! Wah, sulitnya! Hehe. Jadi nak tak nak aku mesti setelkan cepat hal ni. 30hb nanti dah kena regist wireless. Aku ada problem wireless plak kali ni.

Hmm.. kalau bab-bab blog, aku bolehla sikit-sikit. Tapi bab-bab teknikal computer ni, sangat kurang tahu. Bila ada masalah sikit, rasa serabut je fikiran. Walaupun sebenarnya masalah tu tak serius mana.

Alhamdulillah hal external hard disk tu dah setel petang tadi. Ada kawan kepada kawan aku yang ajarkan menerusi telefon! Step by step aku follow. Berhasilpun! Alhamdulillah... hilang segala maklumat pasal Subang yang aku duk fikirkan sangat sebelumnya tu hehehe. Terima kasih banyak-banyak kepada kawan dan kawan kawan. Hehe berapa banyak kawan daa…. Nanti bila-bila jumpa saya belanja ye!

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button