Assalamualaikum.
Segar mata sungguh tengok pics and videos BERSIH2.0. Sungguh rasa juga sedikit terkilan tak dapat pergi.. Namun, dalam hati tak putus-putus aku berdoa agar sahabat2 seperjuanganku di sana dilindungi Allah. Pagi tadi aku ke tuition sekolah. Aku ajar 2jam sahaja hari ni. Awal2 dah minta bos carikan pengganti untuk lagi 2jam. Aku harus pulang. Hari ni rancangan kami sekeluarga periksa tahap kesihatan dengan seorang doktor dari Pahang. Doktor ni ada buka klinik di Gombak. Bukan family aku sahaja, tapi family kak iparku juga datang. Ramai juga tadi... Menyedihkan sungguh bila melihat ibu kepada kak iparku. Tiba-tiba macam diserang angin 2 hari lepas. Aku memanggilnya Mak. Selama ni dialah yang paling riuh, segar, sihat wal afiat. Tapi ujian Allah kan...Bukan dapat diduga. Tiba-tia jatuh sakit macam tu..Allah.. lain sungguh la aku tengok tadi. Sedih sangat.Takutpun ada huhu~ Sebab ada yang kata macam kena gangguan juga. Wallahualam. Sekarang ni ikhtiarlah selagi boleh.. Moga-mga Allah sihatkan Mak cepat-cepat. Moga kak ipar sekeluarga juga tabah hadapi ujian ini.
Tadi mak aku lah yang banyak buat rawatan. Daripada cek penyakit, urutan, bekam sehinggalah mandi ais..Mak bimbang sangat sekarang ni sebab baru ni doc kata kena buat folow up kat KMC..takut ada masalah jantung. Mak plak memang dah ada darah tinggi sebelum ni..Baru ni memang mak lemah sangat...sampai nak pitam..Masa tu pergi KL plak tu huhu~ Tu yang beriya sikit buat rawatan dengan doc ni. Aku plak just cek kesihatan je. Alhamdulillah semua bagus dan sihat kecuali 1 bahagian..Bahagian apakah? Rahsialah..hehe~ Malu lah kalau akap kat sini. Berdebar juga masa doc tengah scan tadi..huhu~ takut ada penyakit pelik2..nauzubillah.. Dari pagi sampai 5 petang juga doc tu duduk sini.. Wan rajin sungguh. Sediakan nasi minyak untuk kami semua. Alhamdulillah.
Ok, got to go now. Esok aku bertugas buka pintu sekolah.. Biasa 7am kena bertolak dah. Tadi sangatlah penat buat air dan basuh pinggan mangkuk. As usual masalah warong kak ma, pekerja tak cukup...huhuhuhu:( Ok, selamat malam semua.
p/s: esok jangan jeling apatah lagi memandang dan membaca akhbar2 perdana... huhu...pasti meloyakan!
5 comments:
Slm.
Segar mata tengok BERSIH? Seronok ke lihat huru-hara macam tu?
Tak terasa apa-apa ke? Orang lain susah payah bangunkan negara, kita nak rosakkan pula?
Apa kata sdri, andaikan buat satu benda, cantik2, kemudian dtg orang rosakkan. Apa sdri rasa?
besar sangatkah dosa kerajaan yg ada? Hebat sangatkah pembangkang?
Bukalah mata, bukalah fikiran. Jgn sampai kita diperbodohkan dgn sikap tamak kita sendiri...
Pernah dgr cerita 'angsa bertelur emas'? :)
sabarlah dgn ujian. adios.
Segar tengok rakyat yang berfikir tentang keadilan dan masa depan negara.
Sekurang-kurangnya mereka tak tergolong di kalangan yang hidup sehari-harinya dihabiskan dengan makan, tidur, kerja...
Mana kerosakannya? tidak ada harta-benda yang rosak & bangunan yang terbakar.
Besar sangatkah dosa kerajaan yang ada?
Sesungguhnya dosa berlaku zalim itu amat besar sehingga Allah menjamin akan memakbulkan doa mereka yang dizalimi. Taat kepada pemimpin yang zalim juga bukan suruhan agama.
Perlu diingatkan, INI AGENDA RAKYAT, BUKAN PEMBANGKANG.
"mana kerosakannya?"
bukan kerosakan material saja yg perlu diambilkira. Imej negara juga terjejas. Industri juga, khususnya pelancongan. Masyarakat yg anti-demo juga rasa tak tenteram.Pelabur akan menjangka negara jd tak aman.Saham merudum. Adakah semua tu diambil kira oleh orag sperti sdri? Sbnrnya byk kesan lain yg kita tak nampak.
Adakah saya (dan mereka yg sefahaman dan menentang demonstrasi) bukan rakyat?
Pemimpin pembangkang cuma tahu mengkritik dan mengajak orang-ramai mengkritik, sdgkan mereka takde sumbgn apa2 (so they hv nothing to lose).
saya tak kata kerajaan yg ada bagus 100%. tp yg nak ganti tu lg teruk.
Imej negara, saham & pelabur je Anonymous fikir.. HUKUM AGAMA?
tak jatuhnya imej negara. malah, rakyat lain tengok rakyat kita ni boleh menilai baik & buruk. tak mudah kena tipu dengan pemimpin.
Yang turut serta BERSIH ni bukan sebarangan orang. yang mengeluarkan fatwa juga bukan sebarangan ilmuan.
Ingat, penindasan pemerintah sekarang ni akan dibongkarkan suatu hari nanti.
Najib bukan takut ekonomi jatuh, tapi dia takut dia akan digulingkan rakyat sebagaimana muammar gaddafi. Dia juga risau kalau2 PR akan mengamalkan undang2 yang dia gunapakai sekarang ni sekiranya PR memerintah.
Kita tak layak meramalkan teruk atau tidak kerajaan yang akan ganti nanti. Allah lebih Mengetahui.
Tak perlu takut untuk melakukan perubahan.
Rata-rata mereka yang tidak bersetuju dengan BERSIH dan menganut fahaman kena taat pemerintah walaupun pemerintah merampas harta dan anaknya, adalah orang-orang kaya dan sederhana kaya serta anak muda yang belum merasa perit mencari rezeki, yang jahil makna perkataan SUSAH. Tapi kalau ada orang miskin tak sokong BERSIH, anda bukan sahaja miskin harta malah miskin JIWA!
- Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Post a Comment