CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

.Tetamu Istimewa.

19 November 2008

Aku jadi Tok Kadi

Hari ni, tak ada kerja lain sebaik saja bangkit tidur. kemas rumah. tak habis-habis hal kemas rumah ni...mak, abang dan adik awal-awal lagi dah ke kemaman. banyak perkara tak settle lagi. adik plak naik bengkak-bengkak kat kepala dia. dalam 4 ketul(ketul ke??) ntahla. tapi sakit katanya. mula-mula ada seketul je bengkak tu, tapi hari kedua, satu-demi satu ditemui. memang obviousla nampak. ada 4ketul semuanya tumbuh area kepala. ish, bimbang kami dibuatnya. empunya diri apatah lagi. sampai tak dapat tidur. resah. memikirkan yang buruk-buruk belaka. tapi aku pesan kat adik supaya banyak doa, jangan bagi penyakit pelik-pelik.

Depa pergi jumpa doktor pagi tadi. doktor cakap makan ubat tu dulu selama 5hari. kalau tak surut juga bengkak tu, doktor suruh pergi hospital. cek darah. bimbang jangkitan kuman. adik aku ni ada masalah resdung yang agak kritikal. tak boleh kena habuk sikit, tak boleh kena angin kipas! yang terseksanya akulah, kena duduk dalam kepanasan. huhu. tapi selalunya dia beralah, dia pergi cari tempat yang tak ada kipas.... sanggup tidur dalam kepanasan daripada kena angin kipas. kalau tak, mesti tak boleh tidur sebab resdung menyerang dengan dasyatnya. ish..kesian sungguh...

Esok ada majlis solat hajat kat rumah. ni. lepas isya' orang masjid datang. tak jemput ramai sangat. just jiran dekat-dekat je. anggaran dalam 20 oranglah. solat hajat sempena kenduri abang aku ni. geng-geng yang baca catatan aku ni pun doakan sama ye. semoga segalanya lancar dan diberkati Allah. Ameen...

Abang aku dah tak senang duduk tu. dari semalam duk praktis nak lafas akad nikah tu. watak tok kadi disandang oleh aku dan adik. hehe. kelakar plak. kesian juga orang laki ni kan. kena uji masa nak akad nikah. kalau perempuan tu just duduk diam, tunduk kepala sikit dan senyap! hehehe.

Oklah, mak dah suruh shut down. shut down mata sekali. esok nak pergi 'idouble M'. esok mak dah tak berniaga dah. entah sampai bila mak nak tutup kedai ni... kenalah pelanggan tetap Kak Ma cari makan kedai lain:)

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button