CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

17 November 2008

MELARIKAN DIRI

Awal pagi ni suasana rumah riuh seketika. aku yang tidur dalam 4pagi semalam terpaksa bangun awal. Wan kata

''kak in, nyenyaknye tidur..mak tengah susah tu..."
"HAH?BAKPE?"


Aku terus bangkit. ya Allah... kesiannya mak.... semua pekerja mak dah melarikan diri. innalillah... macam mana nak beroperasi macam ni? tutup lagila hari ni. tapi esok?lusa?tulat? memang mak dah plan nak tutup kedai. tapi bukanlah seawal ini. rancangnya tutup hari rabu. sebab ada majlis solat hajat kat rumah ni. abang dah nak kahwin plak tu. aku tengok wajah abang sugul sekali. mak juga termenung panjang. wan mengeleng-gelengkan kepala. Adik? masih nyenyak tidur dan belum mengetahui berita ini. kalau dia terjaga nanti, mesti diapun sama naik angin.

Kami adik beradik tak pasti apa patut buat. kebiasaannya, bila bangun pagi, rumah dah riuh dengan gelak tawa kami. Astro Prima plak tengah tayang Seniman Bujang Lapok. nak gelakpun jadi serba salah bila tengok satu persatu wajah orang rumah aku. hmmm.... dugaan. apakah HIKMAHNYA disebalik ujian ni, di saat-saat begini. aku berfikir panjang......

Tanpa membuang masa, memandangkan semua dah bangun awal, kami buat operasi besar-besaran membersihkan rumah dan halaman rumah. memang payah nak boleh bergotong royong macam ni. maklumlah, orang rumah aku semua macam kelawar. siang tidur malam berjaga. tapi mak kata aku ni siang berjaga malam berjaga. sebab time duk rumah, tidur sangat lewat tapi bangun awal. wah, cemerlang gemilang dan terbilang! hehe. mulanya mak macam dah takde semangat. kami nak pujuk-pujuk makpun....hmmm....tak reti.huhu... sebab tu kami semua pakat mengemas rumah. nak cuba sedapkan hati mak....

Tiba-tiba, dalam 2petang, seorang pekerja mak aku kembali. eh?? kak seri?? aku terkejut dia pulang. rupanya diapun terkejut pekerja 2 orang lagi dah melarikan diri. dia langsung tak berniat nak lari.

" Aku tak kan lari bu... aku tak buat macam itu..kalau aku ke mana-mana, aku pasti pulang...aku kasihan sama ibu..."

Menitis air mata mak... ya Allah..sadisnya.. tadi mak cool je bila dapat tahu pekerjanya lari. tapi akhirnya mak mengalirkan air mata jua. meluahkan rasa yang terpendam agak lama tadi. kesian mak....tak sampai hati aku nak tengok. terus aku masuk bilik....

Apapun, kami bersyukur, atleast kak seri masih ada. dia bekerja dengan mak agak lama. yang melarikan diri tu baru kerja dalam 4 5 hari. kepakaran kak seri dalam menguruskan hal kedai ni sangat diperlukan. payah nak cari pengganti lain memandangkan kak serilah dah arif masak nasi lemak, nasi biasa (jumlah yang banyak), buat pengat durian dan macam-macam lagi. nampaknya akupun kena kerja buat air full time lah lepas ni. dah tak cukup pekerja ni. takpe, no hal lah:)

HikmahNYA yang aku nampak bila diuji sebegini, rumah menjadi lebih bersih dan berseri hari ni. kami juga dapat nikmati 'lunch' bersama-sama. dah lama dah tak 'lunch'. maklumlah, masa ni kan masa tidur kami:) hubungan kekeluargaan juga bertambah erat. SYUKUR.moga ia terus.....

No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button