CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

15 November 2008

CELIK JAWI

Puas aku sms orang tanya macam mana nak eja PENGIKLANAN ikut jawi, tapi seorangpun tak respon. fuh...... aku tak reti sangat bab-bab ni. aku nak kena design khat untuk abah. ingat tak aku cerita abah emel hari tu? ha, nak siapkan tempahan tu lah. mulanya nak eja ADVERTISING, tapi bila aku tanya Ustaz khat Skill I aku, ustaz cakap susah sikit kalau english nak translate jawi. ustaz tak berapa arif. ustaz bagi number phone kawan dia. dia lebih arif kata ustaz. tapi bila aku sms, senyap sampai ke hari ini. takpelah. aku adukan pada abah. aku confuse dengan ejaan tu. para pakar juga tak pasti. akhirnya abah kata tulis PENGIKLANAN TINTA saja. okeylah abahanda...

Semalam aku design juga walaupun aku confuse dengan ejaannya. aku cuma nak try tulis khat hijjaz. seronok jugak. sampai pukul 3.30pagi aku buat benda alah tu... khusyu' duk melayan benda tu.

Tadi aku on YM, ada seorang teman chat ni. ha, setahu aku dia ni siap ambil tempahan khat lagi. mesti dia tahu eja ni. sekali dia perkenalkan aku dengan website ni. alhamdulillah. suka sangat!!! tak sangka aku ada kemudahan macam ni. terima kasih banyak-banyak kepada teman chat aku tu dan tuan empunya website. memang mantap betulla!

No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button