CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

14 November 2008

"DIA TUNANG SAYA"

Alam pertunangan. seringkali orang kata bertunang ni kuat dugaannya. ramai menasihatkan usah bertunang dalam tempoh masa yang lama. macam-macam perkara boleh berlaku. tapi, setakat yang aku lihat, kebanyakan mereka yang bertunang dan merancang untuk kahwin agak 'lambat' sedikit, akhirnya melangsungkan perkahwinan lebih awal daripada perancangan asal. kenapa? mungkin atas faktor sekeliling. keluarga, keadaan dan sebagainya.
Go to fullsize image
Semua sedia maklum, kita tak boleh menghebohkan pertunangan kita. eh, kita ke? hehe.. sememangnya semua insan mengharapkan hubungan tersebut berterusan hingga ke jinjang pelamin. tapi, kita tak bisa meneka setepat mungkin apa yang akan berlaku akan datang. biasalah, mungkin ada mereka yang dengki, tak senang dengan 'kebahagiaan' yang kita miliki, macam-macam lagilah. sebaik-baiknya, diamkan saja proses-proses yang berlaku sebelum kita menjejakkan kaki ke alam perkahwinan tu. kecualilah ada orang lain yang berhajat pada kita. nak masuk meminang kita. jadi mestilah kita khabarkan padanya yang kita sudahpun di'cop' orang.
Go to fullsize image
Ha, time ni kita mestilah memberitahu dengan penuh hikmah. hati-hati. orang kalau dah suka, macam-macam dia sanggup buat jika apa yang diidamkan gagal diperoleh. especially kaum hawa ni, tolaklah rasa hatinya dengan sebaik mungkin. jangan mempersendakan apatah lagi mencacinya. jangan tunjukkan perasaan benci pula supaya dia faham 'signal' kita yang tiada hati padanya dan telahpun berpunya. hargai perasaannya tapi jangan pula memberi harapan.. contohnya ''kita kawan jelah dulu ye...". sebaliknya katalah "saya anggap awak tak lebih daripada seorang kawan. itu saja." bertegas dan berterus terang sajalah. dia juga mesti terima hakikat tersebut. jodoh memang kita boleh cari tapi Allah jua yang mengaturkan siapa sebenarnya jodoh kita.
Go to fullsize image
Oklah, kat sini aku kongsikan pantang larang menurut Islam bila kita di alam pertunangan ni.

  • Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, kerana ia amat mudah membawa keapda yang haram.

  • Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin' boleh membawa fitnah dengan mudah.

  • Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu' dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.

  • Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat), bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal' lebih mudah.Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-

  • a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.


  • b. Haram ber"dating" tanpa disertai mahram yang thiqah.


  • c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( sms, phone, chat, mesengger )


  • d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.


  • e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.


  • f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.


  • g. Awas daripada bertukar gambar.


** jadinya, pesanan untuk diri sendiri tertutamanya: sekalipun dia tunang kita tapi ingatlah, dia masih belum menjadi sesuatu yang HALAL untuk kita :)

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button