CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

10 June 2009

Alkisah adik aku kemalangan kecil.

Adikku kemalangan kecil

Semalam aku terima berita kemalangan adikku Akuz. Terkejut jugak. Tapi dia kata dia ok je cuma sakit-sakit badan & luka banyak tempat. Dia terjatuh motor. Area Pudu. Mujur masa tu depan restoren. Jadi orang ramai angkat dia & baringkan dia di tepi jalan. Dia dah nak pitam katanya. Darah agak banyak mengalir, di kaki terutamanya. Dia ni plak pantang tengok darah (jauh beza dengan aku yang 'suka' tengok darah...kalau terluka, mesti aku tenung dulu darah tu, sayang nak lap..). Dalam setengah jam juga dia terbaring sebab tak mampu nak berdiri & bawa motor tu..Dia pesan kat aku jangan beritahu mak & abah. Huhu~ macam mana lah aku boleh pendam sendiri hal sebegini? Serba salah dibuatnya. Tapi aku buat relax saja. Nak pergi tengok diapun, hari dah jauh malam. Dah jam 11.30malam masa tu. Aku layan cerita korea. Huhu wajarkah?

Hari ni aku niat nak lawat adik aku. Nak tengok keadaannya sebenar. Dia nak datang kampus sebab ada hadiah yang dia minta tolong aku balutkan. Dia nak hadiahkan kepada kawannya. Aku kesian kat dia yang tak stabil macam tu. Takkan nak drive jauh-jauh begini. Walaupun Ampang-Kampusku mengambil masa 20 minit, tapi sebab dia tengah sakit-sakit macam tu, nak tunggang motor lagi, tak sampai hati jadinya. Jadi aku suruh dia datang terminal jelatek je, jumpa kat sana. Tak jauh sangatlah dari rumahnya. Aku naik lrt... Kepala aku sangat sakit petang tadi. Tak tahu kenapa. Dah lama tak sakit kepala, tetiba datang plak hari ni. Lama plak tu.. Tapi aku gagahi jua. Malam ni Akuz dah nak balik. Hadiah ni mesti diberikan segera. Lagipun nak report keadaan dia tu kat Abah... Aku ambil teksi ke terminal putra. Tak tahan nak berdiri dalam bas. Takpelah keluar duit lebih sikit (banyak jugak). Hal kecemasan ni kan...

Sepanjang kelas tadi, hati terkenang-kenangkan Akuz. Akhirnya aku sms juga Abah. Aku beritahu abah hal sebenar tapi bersyarat!

"Abah jangan kabo ke Akuz ea... "

Abah terus call akuz. Kononnya bertanya khabar. Walhal baru je 2 hari lepas kami bertiga berjumpa & jalan-jalan di Sogo. Abah kata

"Jangan bimbang Kak In, Abah dok tanya pun hal tu. Akuz kata dia nak balik Kemasik malam ni"

Tiba-tiba Abang aku plak sms.

"Akuz ape cerita??"


Sah abah dah beritahu Badi ni. Badi kerja dengan Abah. So takkanlah abah tak bercerita plak hal sebeginikan.. Aku cepat-cepat reply sms Badi. Aku bimbang hal ni diketahui Mak. Kalau Mak tahu, alamatnya mesti kalut satu dunia. huhu~ Aku tak naklah Akuz anggap aku tak boleh pegang rahsia plak. Akuz tu jarang nak bercerita hal-hal yang dirasakannya baik dipendam saja. Tapi dengan aku, dia bercerita apa saja. Jadi, aku tak nak lah hilang kepercayaannya terhadap diri ni. Lagipun, malam ni dia dah nak balik, jadi biar mak tengok sendirilah nanti lukanya macam mana. Keadaannya taklah parah, cuma kalau dah hal accident ni, sangat sensitif la kan... Apatah lagi si Akuz tu dah berapa kali accident & dasyat2 dari kami adik beradik yang lain. huhuh~ Kalau mak dapat tahu, pasti mak sangat susah hati dan bergenang air mata memikirkan anaknya.

Alhamdulillah, dah dapat jumpa dia tadi. Banyak juga luka. Bahu, lengan, tangan, kaki. Kaki memang berbalutlah sebab sakit nak pakai selipar. Diapun jalan terhincut-hincut. Aku ajak dia minum-minum kedai mamak berhampiran. Sembang-sembang sikit, bagi duit belanja, lepas tu aku pulang. Diapun tak boleh lama-lama sebab dah tak larat katanya.

Tiba di kampus, aku ajak AEY pergi pasar malam. Kali ni pergi bersendirian. Ramai plak jumpa insan-insan yang mengenali diri ini. Rata-ratanya bertanya "hai Kak In/ 'Ain, nape sorang je?" . Aku bagi jawapan semua sama. Memang tu skema jawapan dia. "single kan..." hehehe~




Gigi hancur.

Aku selalu mimpi gigi hancur. Eh, taklah selalu, ada dalam 3 kali. Hmm..2 hari lepas aku mimpi yang sama lagi. Bila bangkit tu, teringat orang kata mimpi gigi ni berkait dengan kematian. Gigi patah. Tapi mimpi aku gigi hancur. huhu~ Aku tak endah sangat hal-hal macam ni. Kalau betul ada kematian, itu sudah suratan dan sudah sampai ajal dan waktu kematian seseorang.

Tadi mak telefon. Semenjak cuit sekolah ni, jarang-jarang aku dapat bersembang dengan mak. Ah, rindu sungguh jadinya. Sms pun lambat balas. Aku sms maghrib biasanya. Mak reply jam 1.30-3.30 pagi. Subuhnya barulah aku balas. huhu~ Kesian betul mak aku. Kalau aku sms

"mak, makan mende arini?"

Mak reply.

"Jangan kata nak makan, nak buang air pun tak sempat kak In.."

(Terpaksa dikemaskini ayatnya. Ayat sebenar sungguh kurang sopan hehehe)

Mak cerita sikit je masa call tadi. Ada dalam 2 minit sembang. Mak kata mak kepada MakSu(mak saudara sabit saya) meninggal duni 2 hari lepas. Mak sokmo gitu~ Memang tak maklumkan ASAP kalau ada kematian di kampung. Entahlah. Mak kata takut aku ni 'berfikir' nanti.

"Awak kan ada 'penyakit'..mak tak mboh la kabo..biar lewat-lewat sikit baru kabo..Mak bincang dengan Wan, Wan pun setuju dak yoh kabo ke awak.."

Ni pun ok lah mak beritahu 2 hari kemudian. Ada sekali tu, jiran akrab meninggal, mak beritahu aku bila aku balik kampung. Masa tu dah berbulan-bulan lamanya. huhu~

Al Fatihah disedekahkan kepada arwah. Semoga arwah tenang di persinggahan sana. Sebelum ke akhirat yang abadi...Dimana kita semua akan berhimpun disana untuk proses perhitungan. Ya Allah, tempatkan kami dibawah naunganMU ya Allah...

No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button