CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

07 January 2009

Masalah CABARAN bukan BEBAN

Assalamualaikum.
MasyaAllah dapat juga aku jenguk blog hari ni. Haisshh..semput rasa. Aku terpaksa masuk cc memandangkan ada masalah unutk online wireless. Depa duk upgrade system kot.

Btw, sepanjang 4 hari tak update ni, banyak sekali perkara yang berlaku.

Isnin:
Aku sempat ke PASTI Ilmi di Bandar Baru Selayang. Sahabatku kak Ainon dihantar di PASTI di Ampang. 7.30pagi kami dah tercongok kat 'tangga besar' kampus. Wah, seronok rasa dapat melayan budak-budak. Umur sekitar 4,5,6 tahun. Memang best! Rasa macam pergi buat terapi plak. Yelah, tengah keserabutan otak ni elok juga dapat bermanja mesra dengan budak. Eh, budak-budak yang bermanja dengan Cikgu 'Ain! hehe.

"cikgu, kita tak pandai pakai seluar..."
"cikgu, butang baju kita dah cabut..."
"cikgu, dia ketuk kepala kita.."
"cikgu, dia tak bagi kita makan kek tu.."
"cikgu, air tumpah..."
"cikgu, air tumpah lagi...."

Cikgu...itu...cikgu...ini...Mungkin sebab aku berada di sana hanya sejam lebih, jadi aku taklah rasa penat sangat melayan budak-budak ni. Kalau berhari-hari macam tu, hehe... Tak tahu nak cakap maa..'fenin' juga! Sah tak boleh jadi cikgu tadika aku ni. Memerlukan kesabaran yang tinggi. Tapi, belum cuba belum tahu kan. Tu baru pergi sejam lebih. Alhamdulillah murah rezeki aku hari tu, Pengarah PASTI bagi aku gaji hari. Huhu..banyak jugaklah, terharu ada, tak sampai hati nak ambilpun ada.. Tapi, rezekikan tak boleh kita tolak :)

Selasa:
Hari yang full dari pagi sampi ke pagi semula. Aku ditugaskan membuat poster, melakar banner, dan lain-lain lagi. Kelas? Ya, aku tetap pergi dan mesti pergi. itukan core-bussiness dikampus ni. Menuntut ilmu! Malangnya, dah kalut pergi kelas, kelas ditukarkan tarikh dan masa. Aaarrrgghhhh!!!! Rasa nak tendang je pintu yang tertera notis tu! Tapi, jauhi vandalism! huhu. Masa kelas tersebut bertembung dengan subjek lain. Sekarang memang masih dalam tempoh drop subjek. Tapi add??? huhu... Geram juga di saat-saat begini, dah 3rd week belajar, datang masalah macam ni. Subjek apa lagi yang boleh aku ambil? Apa prosedurnya? Dengan siapa harus aku jumpa? Masihkah wajar untuk add subjek lain memandangkan student lain dah belajar 3 minggu? huhuhu... Aku tak suka betul benda-benda macam ni. Walaupun mungkin tak rumit sebenarnya, tapi aku tak suka birokrasi. huhuhu... Aku harus hadapinya juga. Ingatkan diri sendiri, masalah bukan beban, tapi cabaran!

Malamnya Akuz adik aku datang juga. Kami lepak di HS Cafe. nak lepak dalam kelas sebenarnya, tapi bimbang pak guard marah kami. tahu jelah kami ni dah berapa kali kena sound di pak guard. depa ingat kami dating! kami adik beradik! walaupun suasan di HS Cafe sangat hiruk pikuk mengalahkan pasar, kami bertahan jua. rasa nak sumbat je mulut student yang duk gelak besar tu dengan roti canai kami!! :(

Alhamdulillah dapatlah bantu dia untuk persiapan final exam esok. kali ni bukan setakat perah otak, tapi mata, suara, tenaga...semua guna secara total. Adik aku minta tolong aku translate nota-nota english dia. semua berkait dengan sejarah Art and Design...Ayyoyo.. Best of luck to you Akuz!

Ok lah, dah nk masuk zohor ni, kita jumpa lgi lain kali ya! Jaga diri semua. Jemput juga ke:

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button