CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

25 August 2008

BENAR-BENAR TERISI

Hari minggu yang dah berlalu, terasa sangatlah padat dan benar-benar terisi. Bermula subuh, diri ini tak henti-henti mengaktifkan diri. Aktifkan dirimu! Macam tagline maxis plak. Pagi sabtu dan ahad, dalam 8.30pagi aku dah merempit seorang diri ke institut memandu. Memang tak boleh bawa pemboncenglah dah akupun baru lessen L motor (ce..ce..tiba-tiba je mematuhi undang-undang jalan raya hehe.. padahal memang kena pergi sorangpun sebab Teha ada program sempena CONVEST) . Alhamdulillah, hari pertama pergi belajar motor, pergi pusat memandu sendiri, aku rasa oklah. Rasa jauh sangatpun ada bila bawa motor pergi sana. Tapi, alhamdulillah, Allah permudahkan dan Allah lindungi. Alhamdulillah. Hari kedua pergi, aku terlewat sikit. Dahla pergi tak pakai helmet. Motorpun aku pinjam. Helmet lagilah pinjam hehe. Tapi semalam helmet kawanku basah dek hujan. Jadi nak tak nak, redah je! Sampai skem, minyak habis. Hmm..macam mana nak pergi isi minyak kat Petronas tu tapi tak ada helmet? Mujurlah cikgu aku ada bawa helmet. Bolehlah aku pinjam seketika. Terima kasih cikgu.

Balik belajar motor, pergi beli barang-barang untuk sediakan air bagi parent masa konvo nanti. Tumpang Ku dan Kak Ha ke pasar borong Selayang dan Greenwood. Lepas tu aku dan sahabat-sahabat berkerjasama mengecat banner untuk wish kepada semua graduan UIAM. Khas dari SRC dan Ma’ruf Club. Best! Sebab rasa enjoy je bila bermain dengan warna. Jaga stall convest seketika cuma. Itupun selepas maghrib. Pelangganpun tak ramai lagi waktu tu. Jadi tak perlulah nak bermanis muka sangat kat stall tu. Badanpun dah letih sebab tahap kesihatan tak berapa memuaskan sepanjang mingguni. Bermula dengan sakit perut, demam, sakit mata dan latest, batuk….huhu. hapuskan dosaku ya Allah…Jumpa ‘Alyaa pun sekejap je. Kesian alyaa.. tak puas shopping lagi ya hehe.

Selalu macam nilah, bila minggu nak balik, mesti jadual harian sangat sibuk. Sehinggakan di saat-saat nak balik tu, ada lagi kerja-kerja yang terpaksa ditanggungkan selepas cuti. Ya, cuti memang betul-betul cuti. Buku dan nota tak bawa balik, kerja-kerja semua tinggal! Kita enjoy…! kata putri. Hehe..

Khas buat Abang Aby aka Abqari, mohon maaf sebab tak sama-sama sambut hari bersejarah dalam hidupmu....Sabtu- student KAED konvo! mesti Mak Ngah tertanya-tanya kenapa dak 'Ain tak muncul tiba. Macam mana la boleh tak teringat langsung yang aku ada sepupu yang juga konvo tahun ini huhuhu. sangat sedih! sibuk sampai...... huhu...maaf ya Abang Aby... Nanti 'Ain konvo jangan balas dendam plak tau! :(


Buat Ummi aka Rafidah & Shawal, selamat menempuh alam kerjaya..eh, Shawal belum lagi. Dia masih 1st year student! haha.. Kalau lecturer tak masuk, bolehla kita bergambar ramai2 kul 12 nanti :)

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button