CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

10 April 2009

Simbolik Sang Kupu-kupu

Assalamualaikum. Geng-geng semua sihat? Semalam tengah asyik study(asyik sangatla tu sambil layan lagu BSB hehehe) tiba-tiba masuk sang kupu-kupu dalam bilik. Warna putih. Eh, tak pernah ada tetamu haiwan sebegitu. Biasa yang masuk nyamuk dan semut. Hehe.. akupun tangkap dan kurung dia bawah tudung saji mini. Ish, jahatnyer.. Rasa dah jahat masa buat tu, tapi nak tengok dia boleh hidup lama tak kalau duduk dalam tu berbekalkan water cooler. Kira ujikajila ni..hehehe..Pagi ni bangun tengok dia hidup lagi. Aktif jugak terbang ke sana ke mari (dalam tudung saji tulah). Akupun lepaskanlah dia. Rasa berdosa menghimpit kalau terus menerus 'kurung' dia dalam tu. Biarlah dia hidup bebas kata IzzahUlfah.

Uniknya kupu-kupu ni sebab bila aku bebaskan dia, dia terbang dan 'singgah' di setiap tempat yang sangat bermakna. Mula-mula dia pergi kat 'kad' wish for final exam yang sahabat-sahabat aku bagi masa matrik dulu kalau tak silap. Lepas tu dia pergi kat gambar penguat semangat untuk belajar- gambar aku dan mak. Finally dia pergi kat exam slip. Ai, apa maknaya tu??? 3 tu je dia singgah, lepas tu dia rest jap kat langsir, dan keluar..huhu.... Akupun teruslah sambung study. Maknanya dia suruh study betul-betul kot ;p dan ingat kesusahan mak abah dalam membesarkan aku.. huhuh~


No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button