Nak berkongsi sikitlah pasal ceria ni. Entah mengapa kali ni tertarik nak kupas hal ni. Ewah, macam kaunselor plak. Sebenarnya sangatlah bahaya kalau kita ikutkan hati yang tak ceria. Kita jadi muram dan moyok. Kawan-kawan, kalau ada masalah tu, janganlah dipendam seorang diri. Melainkan kita boleh handle masalah tu, no problem. Tapi kalau masalah tu berterusan membelenggu diri, kita akan jadi stress. Stress ni bukan setakat kita dapat akibat tekanan perasaan dan fikiran, tapi sebab letih, tak cukup tidur atau rehat yang sempurna, makan yang tak terjaga dan lain-lain factor lagi. Berbalik kepada tak ceria tadi, bila kita stress, semakin sukar untuk kita berfikir. Maklumlah, kepala pun dah sakit. Emosipun terganggu. Berkongsilah dengan kawan yang kita percaya. Sekalipun kawan kita mungkin tak mampu menyelesaikan masalah kita, tapi ingatlah yang kita sudah ada seseorang untuk kita berkongsi rasa dan meluahkan masalah. Ada juga orang lain yang mengetahui kita sedang bersedih dan turut merasainya. Bukanlah maksud saya kawan tu just tempat yang kita cari bila ada problem, tapi apa guna kawan kalau time senang boleh bersama tapi bila susah dia tiada… betul tak? Kawan-kawan pula cubalah luangkan sedikit masa kepada kawan yang dilanda masalah tadi. Jadilah pendengar yang baik sekalipun anda bukan seorang penasihat yang baik. Itu sudah mencukupi untuk peringkat permulaan hehe. Nanti kalau kita asyik dengar je tapi langsung tak bagi respon, kawan kita tu boring juga. Terus tak nak dah share masalah dengan kita sebab tak ada langsung nasihat atau pandangan kita;)
p/s: Ohye, bahaya yang saya katakan tadi, ini mengikut pengalaman dirilah. Nanti saya ceritakan lagi di episode akan datang. Ceria pengubat duka!
p/s: Ohye, bahaya yang saya katakan tadi, ini mengikut pengalaman dirilah. Nanti saya ceritakan lagi di episode akan datang. Ceria pengubat duka!
7 comments:
salam kehidupan,
ceria?....tak semudah yang dikata. terutama bagi mereka yang buat-buat ceria. pasti ada riak terlukis.....
salam,
kawan yang sentiasa menasihati kita tu lah sebenarnya menyayangi kita..
(",)
Wah, Ain!
Begus benar tulisan sahabat-sahabat ana sekarang ek. Ana je yang masih di takuk lama.
Ain dengan cara Ain. Izzah dengan pembaharuannya. Bagus, Bagus!
Hayyi? Tulisannya tetap sopan seperti karektornya (betul ke? ekeke)
'ala kulli hal, thanks a lot to you Ain sebab selalu jadi teman mendengar cerita ana. Cuma sekarang masing-masing ada komitmen. Dah terasa jarang dapat berbual soal peribadi. Bila berjumpa, topik yang selalu dibincangkan, 'amanah' masing-masing. Tapi kerana amanah itulah kita berukhuwwah dan menjalin kasih sayang.
Thanks for everything ^_^
luv u my fren!
"Ain dengan cara Ain. Izzah dengan pembaharuannya. Bagus, Bagus!
Hayyi? Tulisannya tetap sopan seperti karektornya (betul ke? ekeke)Wani pula dengan ayat2 puitis dan terharunya:)"
HEHE..memandai je sambung.
sama2 wani. memang betullah, jarang dah kita dapat sembang2 hal kita.aritupun jumpa sebab kebetulan kita meeting sama. x dirancangpun.Allah yang merancang.
takpe wani, pasni apa2 je, wani janganlah segan silu atau serba salah. ain dah tak 'sibuk' sangat dah;)jemput dtg bilik. td petang sorry, memang ada hal skit.
cermindiri,
betul tu. kalau buat2 ceria, memang rasa terseksa..tak patut juga diamalkan. tapi soalhati selalu buat macam tu :p
bang_gugar
dah aktif kembali ye hehehe
betul tu, jd berpesan2lah sesama kita
saya pun sentiasa ceria..btul tak 'Ain? :p (api tak dinafikan adakalanya terpaksa pura-pura ceria huhu)
betu betul betul..(nada ipin)
Post a Comment