CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

28 May 2008

TAG! baru nak cuba jawab..

8 fakta tentang diri aku?

1) Aku ni pendiam sebenarnya. Tapi lepas aku selalu kena ‘kacau’ masa sekolah menengah dulu, aku berubah karakter jadi seorang yg agak ramah dan periang. So far alhamdulillah dah tak ada nak ‘kacau’.

2) Aku selalu dilantik jadi ketua. Tak tahulah kenapa.. rasanya diri ni low profile saja… Bermula dari tabika kemas lagi. Jadi ketua dikir barat, ketua melukis, naik darjah 1 sampai darjah 4 aku jadi ketua kelas. 4tahun berturut-turut memegang trofi sebagai ketua kelas hehe..Akulah satu-satuya ketua kelas perempuan. Sebab? Budak laki kelas aku suaranya slow. Haha.. mesti ada yang tak percaya aku juara jerit masa sekolah dulu. Aku juga ketua kelas yang paling banyak cipta rekod. Ada pelajar patah tangan(aku rota kuat sangat), sakit mata kena habuk duster(aku ketuk kat dahi dia),badan jalur-jalur kena rotan, semua gara-gara aku yang terlebih amanah menjaga kelas sewaktu ketiadaan cikgu! Sampai ayah depa datang jumpa aku kat sekolah! Huhu kecut perut masa tu…padahal baru sekolah rendah! Disebabkan terlalu obses jadi ketua, aku tak nak pindah sekolah sebab nak kekalkan tittle tu. Tapi akhirnya aku kena pindah juga.. tak dapat dah jadi ketua kelas sebab masih baru di Sekolah Rantau Petronas dan...… tak glamor dah huhuhu.

3) Aku suka spend masa bersama keluarga. Selalu kami karaoke, main bowling, makan-makan...kalau tak sempat nak pergi jauh-jauh, kami pergi memancing je kat mana-mana tempat favourite. Ada sekali tu, sampai 5tempat kami pergi dalam sehari sebab umpan tak mengena. Tapi hati tetap gembira sebab bersama keluarga..

4) Aku anak ke2 daripada 4 adik beradik. Tunggal perempuan. Manja? Oh tidak..kerana akulah yg selalu kena buat macam-macam benda bila balik rumah. Maklumlah, anak-anak lelaki ni jarang nak jumpa yang pandai urus kerja rumah..

5) Masa kat SRP, aku geng dengan budak-budak laki. Kalau naik bas balik sekolah, tak payah beratur, mesti ada kroni-kroni aku yang copkan tempat..kalau ada nak kacau, mesti ada geng-geng yang mempertahankan :p Perangai entah pape..Memang ganas sikit. Tak main bola bola jaring macam musafirah_amani...aku main bassboll, lumba basikal, bola baling..hehe..
Alhamdulillah Allah bagi hidayah pada mak abah aku untuk suruh aku masuk SHAMS(SHeikh Abdul Malek School) masa form 1(akupun merelakan dalam keterpaksaan)Kalau tak, tak tahulah apa nak jadi sekarang ni… banyak tarbiyah aku dapat kat SHAMS..syukur..

6) Kalau cuti agak lama, aku suka pergi SHAMS. Selalu pergi dengan idotpearl, izzah ulfah or musafirah_amani. Walaupun cikgu-cikgu yang aku kenal dah ramai tak ada, tapi masih ada ayahanda2 dan bonda2 tersayang yang selalu ambil berat tentang diri ni. Kalau tak jumpa cikgu-cikgu kat sekolah, aku cari cikgu sampai ke rumah depa..Dapatlah berjumpa dan berkongsi macam-macam cerita. Sebab tu bagi aku, dulu, kini dan selamanya mereka cikgu-cikgu aku!

7) Aku minat masak. Minat sangat-sangat! Suka cuba resipi-resipi baru dan lama. Suka juga reka resipi. Kalau tengok rancangan masakan kat tv or drama, mesti aku teruja nak buat! Tapi aku tak suka makan apa yg aku masak. Selalu wan(nenek) dan adik-beradik akulah yang jadi mangsa kena habiskan masakan aku hehe. Terbaru aku dah cuba resipi jepun dan arab hehe. Mujurlah laku...Mak marah kalau tak habis!

8) Apa lagi? Aku suka beli buku. Walaupun buku yang aku beli sebelum ni aku tak bacapun lagi. Entah, rasa seronok bila ada banyak buku. Tapi ada masa aku baca juga.. suka juga bagi sahabat-sahabat pinjam...cth:ahshab...hehe jangan mare...bagus sebab sama-sama dapat kongsi manfaat.

Nak 8 je kan?.Tulah, sape suruh tag..kan dah panjang jela tu..terima kasih kerana sudi membacanya... itulah perihal aku serba sedikit yang aku suka-suka nak kongsi dengan kengkawan semua...

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button