CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

27 May 2008

Tanggungjawab

Assalamualaikum… buat kawan-kawan yang setia berkunjung ke blog saya yang tak seberapa ni..

Lama rasanya saya tak update. Agak sibuk kebelakangan ini. Dalam minggu ni saja, banyak perkara yang mesti saya uruskan. Ya, setiap orang ada tanggungjawab masing-masingkan. Semua kena laksanakannya walau dengan apa cara sekalipun. Saya rasa serabut! Penat! Tapi saya fikir orang lain mungkin lebih serabut,penat, sibuk....daripada saya.

Alhamdulillah, untuk tugasan subjek METHOD OF RESEARCH II, interview dan questionnaires sudahpun selesai. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi meluangkan masa nak jawab questionnaires yang agak banyak tu. Seterusnya ialah untuk kumpul data-data tu, analisis, SPSS dan lain-lain lagi.

InsyaAllah, under subjek tu juga, saya kena pergi ke Melaka pada khamis ini. Ke Henry Gurney. InsyaAllah di sana kami akan buat beberapa program. Antaranya interview session, sharing moments yang lebih kepada memotivasikan adik-adik di sana(diri sendiri tak cukup motivasi), buat tuisyen untuk adik-adik yang bakal ambil SPM tahun ni. Harapnya Allah mudahkan segala urusan. Dengar cerita kawan-kawan yang dah berpengalaman ke sana, kawalan sangat ketat. Kita yang masuk ke sana pun memang polis escort kiri kanan depan belakang. Umpama kita nak masuk penjara jugalah. Gambar memang tak boleh ambil. Jadi kenangan tu hanya tersimpan dalam memori sajalah. Walaupun ada sedikit kerisauan, tapi saya yakin, Allah pasti nak ‘beri’ saya sesuatu bila mana saya telah berada di sana nanti. insyaAllah.

Pulang dari Melaka tu, saya kena buat exhibition under subjek DEVIANT BEHAVIOUR kesokan harinya. Tajuk yang grup kami pilih, HOMOSEXUAL. Macam mana nak buat pameran tu? Gambar-gambarpun pastinya sukar untuk dipaparkan dikahalayak. Apapun, kami cuba cari gambar-gambar ,video-video, dan data-data yang sesuai utnuk dikongsi bersama. Terima kasih kepada musafirah_amani kerana turut mebantu saya mencari bahan! Nanti datang kedai, I belanja u!

Hari Sabtu, insya Allah saya akan ke Kluang, Johor. Sahabat saya dah nak kahwin! Setiap bulan ada seorang sahabat yang akan menamatkan zaman bujangnya. Dapatkah ku memenuhi kesemua undangan??

Oklah, saya terpaksa beredar dulu. Dah berjanji dengan izzah ulfah untuk ke Pudu. Berjumpa dengan seseorang menguruskan bas yang kami sewa ke walimah sahabat saya tu. Tak sangka akhirnya saya , sambil dibantu oleh sahabat-sahabat saya, syauqah el wardah dan akram, yang akan uruskan bas tu. Saya memang tak ada pengalaman dan tak berani nak menuruskan bas. Bas HISMAT pun saya tak pernah tolong apa-apa.

Moga segala yang saya ceritakan, walaupun belum berlaku, saya harap Allah tolong dan permudahkan untuk saya. Ameen…. Allah tak akan bebankan saya dengan sesuatu yang saya tak mampu…

4 comments:

Hafiz said...

dah lama tak berkunjung ke sini. kebiasaannya hanya baca di Google reader :)

hmm, pasti pengalaman berkunjung ke Henry Gurnye tu tak dapat dilupakan.

pameran deviant behaviour tu untuk apa yer?

SoalHati said...

hafiz238...lama menyepi;)
selamat dtg kembali.
inshaAllah, harapnya macam tulah. du plan lagi nak 'main' apa ngan adik2 tu...

deviant behavior tu, terpulang pd grup msg2 nak pilih topic ap.a tp semua berkait dengan deviant act lah. cth:suicide, homosexual, kes dera dll lagi. nanti kami akan paparkan contoh2 case, statistic semasa, cara menangani masalah tu dll...;)jmput datang. hehe

Dr Kadir said...

Selamat ke Johor :)

Anonymous said...

salam.

Ain! Apa khbr?
fauziah a.k.a alfaqierah ni :)

ana dh tgk pic2 nt dan sahabt2 ke walimah fatimah!
tertanya2 juga, korang semua pegi nek bas apa, uia ke bas luar. dan rupanya2 nt, izzah, wani & akram yg uruskan bas! tanggungjawab yg amat besar tu!

apa2 pun..alhamdulillah..dah selamat pergi dan balik.Allah permudahkan sgl urusan :)

utk ain, teruskan perjuangan! insyaAllah jumpa lg nanti k.


.I ♥ Khat.





Grab A Button