CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

04 February 2008

3 mesej diterima.

>>La tahzani ukhti…
Kuatkan semangat dan paksa diri untuk lupakan soal hati tu. Bacalah dengan hati 1 juz sehari al-quran selama 30hari.. tentu hati akan jatuh cinta kepadanya dan tiada tempat lagi untuk
cinta duniawi ini bertapak..
Ma ja’alallahu fi rojulin min qalbaini fi jaufih..
Allah tidak akan jadikan dua hati dalam satu jiwa. Renung2kan.. bila hati cintakan al-quran, tiada lagi tempat untuk cinta selain itu.

>>Bina dulu kekuatan diri dan akhirnya problem ini dapat diselesaikan dengan lancar sekali.

>>Ambil masalah tu, letakkan masalah tersebuat dan saudara-maranya dalam kotak dan masukkan kat bawah katil. Atas kotak tu, tulislah, akan dibuka pada sekian..sekian… bila tiba masa tu, diri dah terlalu kuat untuk hadapinya dan diri akan nampak sebenarnya ianya small matter sahaja….

Tenang sekali hati saya saat mendapatkan kiriman sms sebegini. Terima kasih pada sahabat yang terus menasihati dan membimbing saya. Benar, adakala kita terlalu memikirkan perkara yang tak pasti dan hakikatnya, hal remeh temeh sahaja. Tak perlu sampai nak bebankan fikiran. Banyak lagi yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. InsyaAllah, DIA berikan saya kekuatan! Ameen...

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button