Lama rasanya tak update blog. Akupun tak pasti yang mana satu ingin aku kongsikan pengalaman dan pengajaran sepanjang perjalanan kehidupan dalam bulan januari ni. Memang tak dinafikan, banyak perkara yang perlu kita selesaikan. Banyak perkara yang mesti kita lalui. Pernah seorang sahabat saya mengirimkan sms. Tension kerana memikirkan banyak benda yang mesti dihadapi dalam masa terdekat ni.. study, meeting, midterm, PRU 12 dan lain-lain lagi. Tak termasuk lagi kalau yang ada personal problem macam masalah keluarga, yang menuntut keperihatinan kita untuk menyelesaikannya. Itulah kewajipan kita. Kita tak dapat lari. Andai kita mengelakkan diri, kita bukan menyelesaikan masalah, tapi kita menambahkan lagi masalah dan membuatkan diri rasa bersalah. Situasi itu lagi perit bagi aku. Bila kita rasa bersalah kerana tak tunaikan amanah tanpa sebab yang munasabah. Aku balas ringkas saja pasa sahabat aku tu. “setiap perkara akan datang dan pergi, jadi harungi sajalah! Insya Allah, aku yakin sahabat2 mampu menghadapinya. Begitu juga dengan diri sendiri. Allah tak akan bebankan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu. Jadi usahalah kita untuk lakukan yang terbaik dalam setiap sesuatu. Pohon kekuatan dari Allah! As Syaheed Imam Hassan Al-Banna sendiri ada mengatakan bahwa kewajipan kita melebihi daripada masa yang kita ada. Setiap orang dikurniakan 24jam sehari. Sama. Bezanya hanyalah cara kita membahagikan masa tersebut dengan bijak, mengambil kira apakah perkara paling penting yang mesti diutamakan dalam pelbagai perkara-perkara penting yang lain...
2 comments:
salam kehidupan,
cukup bersetuju dengan kata2 anda. cuma betulke kata2 tersebut?....
apa yang tak kena cermindiri? saya insan sedang blajar, kalau silap, tolong tunjukkan...:)
Post a Comment