20 JANUARI 2008
Hari ni hari terakhir aku bersama adik-adik di asrama ini. Sayu rasa hati. Dah saat-saat akhir ni, banyak pula adik-adik ni berkongsi cerita. Pengalaman kena tangkap polis, pengalaman bergaduh, bertumbuk, lumba haram, pengalaman kena marah dengan mak ayah, pengalaman lari dari rumah, pengalaman kena hukum di situ dan macam-macam lagi suka duka hidup mereka. Tak sangka juga aku. Sebab aku tengok ada juga yang naik angin bila kawan-kawan dia bercerita punca dia berada di sana. Kisah silam dia. Seboleh-bolehnya sesetengah adik-adik ni tidak suka kami tahu perihal sebenar mereka. Kami tak memaksa, tapi bila dah kawannya terlepas cakap, apa boleh buat. Terus mereka perang mulut...
Sekalipun aku ke sana tak sekerap ahli kumpulan yang lain, tapi aku tetap terasa diperlukan oleh adik-adik ni. Terasa juga hubungan seorang kakak dan adik lelaki. Adik-adik selalu cakap, “kak, bila nak datang lagi?” “kak, nanti datang buat game best-best tau” “kak, nanti kami dah bebas bolehlah kita keluar-keluar makan eh” “kak, bagilah number phone nanti boleh kita boleh telefon akak kalau ada apa-apa..”
Aku turuti saja kehendak adik-adik ni. Dah ada peluang mengenali mereka, apa salahnya kita terus‘jaga’ merekakan. Mungkin mereka sendiri kurang mendapat perhatian ibu bapa atau ahli keluarga yang lain. Jadi bagi aku memang wajar aku terus keep in touch dengan mereka. Supaya mereka tahu dan sedar yang mereka masih ada tempat untuk berkongsi masalah, meluah rasa dan lain-lain.
Aku ada juga bersembang dengan adik-adik yang kembar ni. Sangat akrab hubungan mereka. Sama-sama nakal plak tu. Hari terakhir baru aku dapat ‘korek’ masalah mereka. Rupa-rupanya bukan mereka berdua saja ditangkap, tetapi ada lagi seorang adik mereka di situ. Ya Allah, tiga-tiga beradik sekali masuk sini?!
“ingat tau, nanti dah keluar, jangan masuk-masuk sini lagi..”
“Iyelah kak..saya pun tak nak dah masuk sini.. duk sinipun, walaupun boring, tak boleh buat bising sikit dah kena marah, tapi ok lah..tu lah hukuman untuk kita orang.. masa senyap-senyap tu lah kita orang terfikir masa depan… menyesal jugaklah.. kalau tak masuk sini, rasanya sampai sekarang kita orang balik rumah kul 5 6 pagi..bila mak marah, kita orang lari..”
“Baguslah tu.. biasalah.. kita buat salah sekali, kita jangan ulang lagi.. nanti dah keluar, nak buat apa? Nak belajar?”
“Umur dah 18tahun kak.. nak tolong ayah berniaga je lah..kesian kat ayah…”

4 comments:
salam kehidupan,
dia akan ada kesedaran bila cahaya hati yang bersuara. kalau cahaya mata.....ntahlah.
Perpisahan ni memang memeritkan. tetapi jika ia disandarkan kerana Allah, manis balasannya.
cermin diri,
dah pandai menyakat org ye:p
kalau cahay mata, dpt pendang dgn lebih jelas hehehe
hakim dirani,
mmg perit tp hopefully dpt jumpa lagi...
kesilapan lalu tidak boleh dipadam dari menjadi sejarah tapi kite boleh memperbaiki sejarah itu dengan melakarkan kejayaan & kebaikan. tapi kita harus berusaha & melipat ganda usaha untuk melakukan perubahan...
Post a Comment