HARI ini adalah hari penentu kepada Pilihan Raya Kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak, Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai, Sarawak. Ianya adalah antara pertembungan yang paling sengit antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional.
Ketiga-ketiga kerusi ini ditandingi oleh wakil Pakatan Rakyat, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS), Manikumar dan Jawah ak Gerang dari Parti KeADILan Rakyat. PRK ini bukan soal individu yang bertanding, tetapi mesej yang hendak dibawa mereka kepada rakyat. Ketiga-tiga calon ini merupakan simbol perpaduan dan komitmen Pakatan Rakyat, sebagai kesinambungan usaha bagi menumbangkan BN dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
Seperti kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, bukan soal siapa yang jadi Perdana Menteri atau Presiden Umno, jika 52 tahun rakyat sudah tertipu dengan BN, maka apa perlunya kali ini, dalam tiga PRK ini, rakyat mahu tertipu lagi.
Maka tiga PRK ini amat signifikan kepada politik Malaysia. Ia harus dijadikan kesinambungan kepada penolakan berterusan rakyat terhadap BN sejak PRU 8 Mac 2008. Kemenangan harus diberikan kepada Pakatan Rakyat selepas dua PRK iaitu di Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu memihak kepada Pakatan Rakyat- HarakahDaily
Ya Allah berikan kemenangan kepada yang berHAK!
~Hasbunallahu wani'malwakil~
Esok aku mula exam final. Jadual aku ada perubahan sikit. So examnya: 8-13-15-16hb. Doakan ya? Ni nak online jugak sekejap. Nak tahu perkembangan PRK di sana..Semalam sahabat ajak turun. Tapi aku tak dapat turut serta, masalah kesihatan tak mengizinkan. Nanti tak pasal-pasal menyusahkan orang plak. huhu.. Apapun, semoga keadaan tenang dan stabil disana.. Sahabat-sahabatku, jaga diri baik-baik ya.
No comments:
Post a Comment