CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

21 August 2007

Ada apa dengan 21 OGOS?







Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin). Api marak dengan dasyat sekali seolah-olah seluruh Masjidil Aqsa akan musnah ketika itu. Malah, pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.


Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael. Michael mendakwa bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian, Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Michael ‘gila’. Maka, atas sebab itu, Michael tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa. Maka sejak itu 21 Ogos setiap tahun menjadi Hari Al-Quds sedunia.


Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan kita, seluruh lapisan Ummah—pemilik tanah Palestin yang sah. Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjidil Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah dirampas terus keseluruhannya secara haram oleh Zionis Yahudi.


Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama-sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal yang boleh dilakukan dengan mengoptimakan kemahiran dan sumber yang ada demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin. Semoga usaha kerdil kita demi mewujudkan keadilan dan keamanan di bumi Palestin diberkatiNya. Islami Ya Quds!


HARI AL-QUDS SEDUNIA

APA PERANAN KITA?


SUMBER: WEBISTE-REMEMBRANCE OF ALQUDS

6 comments:

faridmw said...

salam...

satu rencana yang penuh informasi dan pengetahuan yang boleh dikongsi bersama.. sejjarah yang ramai tak mengetahuinya..

CahayaMata KemuliaanAgama said...

farid, betul tu:) bukan apa, sy pun tertanya2 bila nampak banyak poster tentang memperingati 21ogos ni ditampal dlm kampus.... bila search internet, baru tahu peristiwa sebenar..ish3....

hafiz238 said...

pernah tahu mengenai hal ini cuma lupa tarikh yang tepat. terima kasih di atas peringatan ini.

Ramai orang yang beranggapan Dome of The Rock sebagai Masjid al-Aqsa. Tanggapan seperti ini sangat bahaya dan harus diperbetulkan :)

Sunan_Jati said...

assalamualaikum...
slamat pagi dan slamat mlm...
hehhehe...
bgn bgn... dah pagi bukan malam...

:P kuatkan semangat
jgn kerja sampai penat
hehehe
errr.... mulakan harimu dgn bismillah...

CerminDiri said...

salam kehidupan,

kata orang,
terus memberikan pendapat dan pendapat

kata orang,
mari kita perangi kaum musyrik itu,

kata orang,
tindakan perlu bersistematik.

CahayaMata KemuliaanAgama said...

hafiz,
sama2..:)

sunan_jati,
terima kasih atas nasihat..tp nampak macam sunan_jati yg tak berapa sihat kihkihkih

cermindiri,
betul tu! tindakan kene bersistematik..tindakan melulu banyak akibatnya. but SOMETIME ade gak kebaikannya;)

.I ♥ Khat.




Grab A Button