CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

14 September 2007

Akhir-akhir ini, aku asyik tengok video klip yang aku rakam sepanjang berada di rumah. Aku rakam guna handset yang abah dan mak belikan (bukan nak beritahu handset baru ye..hehe..handset yang aku guna selama 3tahun tu dah rosak, jadi terpaksa cari pengganti walaupun dalam keterpaksaan dan ketidakrelaanku) Lepas tu aku gelak seorang diri. Entahlah roomate kata apa. Mesti depa fikir aku tengok movie agaknya. Memang rindu sangatlah ni. Antara tanda lainnya, aku selalu cakap pasal mak, abah, adik beradik, wan, segalanya berkait ngan orang rumah… miss them so much! Tak cukup dengan sms, aku telefon hari-hari. Habis kredit pun aku sanggup! Nak baliiikkkkk!!!:(


'Ain Kurma'. itulah gelaran yang aku dapat di awal ramadhan kali ini. Sedap sungguh nama tu kan! Glamorlah juga.Sampai aku pergi kelaspun, bila jumpa kawan-kawan, mereka panggil aku Ain Kurma! Aku malu juga, dah macam 'yusuf tayub' yang iklan kat radio ERA tu je. Kalau panggil slow-slow tu taklah malu sangat. Apapun, Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki. Laku kurma tu. Cepat habis. Mungkin cara aku mempromosikannya agak berkesan. Cara paksaan hehe. Jangan marah ye geng-gengku. Bulan puasa ni kena banyakkan bersabar:) Rupa kurma tu sama macam gambar kat sebelah ni ha..memang sedap. Aku makanpun macam makan kacang ngan nyin je..laju je...dah nak habis sekotak :p Tapi bagus bila kita makan kurma ni. Sebab lepas tu kita akan minum banyak air sebab kemanisan kurma tu.

Oklah, aku nak balik dulu. Selamat beribadat ye geng! Sama-sama kita rebut kelebihan yang ada dalam bulan Ramdhan ni. InshaAllah, moga Ramadhan ni Ramadhan yang terbaik dalam sepanjang hayat kita. Amiiin. Terkenang mangsa gempa bumi di Jakarta. Bagaimanalah keadaan mereka ye. Kuat ujian Allah pada mereka. kalau nak kira, dekat sangat kita ni. Tapi Allah tak beri ujian yang berat-berat untuk kita. Allah turunkan ujian kita merasa gegarannya sahaja.


Dalam masa 24jam saja dah dua kali mereka alami gempa bumi. Ada ahli keluarga yang maut. Ada juga yang masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan. Tentu sahabat2 yang belajar di sinipun tak tenang andainya ada ahli keluarga mereka yang mengalaminya. Semoga Allah lindungi mereka dan keluarga mereka. Tabahkan hati penduduk di sana.. Dugaan ketika menyambut ramadhan... Tapi orang kata sepatutnya mereka bersyukur sebab lebih baikm berlaku gempa bumi daripada tsunami. Adalah huraian-huraian secara saintifiknya yang aku tak berapa reti nak explain..

2 comments:

faridmw said...

salam

selamat berpuasa.. cekalkan hati menempuhi dugaan...

SoalHati said...

farid,
terima kasih:)


.I ♥ Khat.





Grab A Button