CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

17 September 2007

Dalam sesebuah organisasi, ada elemen yang sangat penting perlu kita titikberatkan. Soal hati. Kenapa?
Bukanlah soal hati ni bermaksud kita kena melibatkan perasaan cinta ke apa ke, tapi menitik beratkan perasaan setiap orang yang berada dalam sesebuah organisasi itu. Sepanjang aku terlibat dengan gerak kerja berorganisasi ni, sering aku lihat pemimpin kurang menitik beratkan soal ini. Ya, mungkin banyak lagi yang perlu difikirkan. Hal hati dan perasaan ni hal remeh temeh. Tolak ke tepi. Kita ada misi besar yang perlu di capai. Kita mesti berjiwa besar. Kita mesti pandang ke hadapan. Jangan fikir dan ambil peduli hal-hal yang kecil ni! Kita tiada masa untuk itu!
Logiknya, Hal kecil jika dihimpun, lama-kelamaan semakin besar. Maka jadilah hal besar. Tapi berapa ramai yang menghiraukannya? Jika sedar, berapa ramai yang boleh mengubatinya? Andai luka sudah merebak dan meninggalkan kesan parut, sukar untuk hilang. Kalau hilang sekalipun, rasa pedih luka tu masih menyucuk jauh disudut hati ni.
Dendam? Sekadar terkilan.
Mungkin masih tersirat maksud aku…
Muhasabah!
Berapa kali dalam kita berorganisasi, menguruskan organisasi, kita membuat muhasabah? Tidak kiralah bagaimana caranya… Atau tiada langsung dalam taqwim perancangan kita, sesi muhasabah walaupun sekali dalam setahun?
Bagi aku, sangat penting kita adakan muhasabah. Kalau kita tak mampu nak adakan sesi khas untuk bermuhasabah, kita ambillah sedikit masa di hujung setiap perjumpaan kita. Mungkin dalam sebulan sekali. Ambil masa sekejap, cukuplah. Kita tanya anak buah kita, ada sebarang komen atau kekurangan tak yang perlu kita perbaiki. Bukan setakat cara perlaksanaan gerak kerja kita saja, tapi soal sikap, perangai, dan lain-lain lagi yang boleh membantutkan selera untuk berkerjasama.

Bila anak buah kita bersuara, dengarlah sebaik mungkin. Berikan respon yang sepatutnya. Jangan cepat melenting. Jangan pula hanya berdiam diri. Buat muka satu sen. Seolah-olah tiada apa yang perlu diambil peduli. Cubalah belajar cara untuk menghargai orang lain sekalipun kita tidak gemar akan apa yang dibawanya.

Yang kusut dapat dileraikan, yang panas dapat disejukkan, yang masam dapat dimaniskan, yang menggeledak dapat kita tenangkan. inshaAllah, dengan berkat bermuhasabah. Kita muhasabah bukan nak tonjolkan kelemahan sesiapa. Bukan sekadar nak lepaskan kemarahan. Bukan sekadar nak luahkan perasaan. Tapi niatlah sebaik mungkin. Kita nak perbaiki lagi organisasi kita. Kita nak perbaiki lagi hubungan kita. Biar kita rasa suka untuk bekerja. Kita rasa seronok untuk bekerja.

Bagi aku, tiada lagi istilah “pendam sajalah dalam hati…” “apa boleh buat, kita ni siapa..” biarlah, lama-lama ok lah tu” “ah, malaslah nak fikir!”

Setiap kita ada hak bersuara……Tapi berapa ramai yang peduli?

4 comments:

faridmw said...

salam...

selamat berpuasa.
setiap masalh ada jalan penyelesaiannya.. oleh itu tenangkan hati dan fikiran untuk memikirnya...

CahayaMata KemuliaanAgama said...

wslm farid..
betul tu, kna tenang baru kita dapat berfikir dengan baik dan buat keputusan yang rasional.

AHS said...

adakah aku juga begitu??? :-/

CahayaMata KemuliaanAgama said...

ahs,
tepuk dada tanya diri sendiri
sy tulis nipun, as peringatan buat sy jugak..setipa insan ada kelemahan, tapi kita boleh usaha baiki kelemahan kita.

.I ♥ Khat.




Grab A Button