CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

13 September 2007

Semalam

Semalam aku pergi regist subjek untuk sem depan bersama Tengku. Mulanya kami nak regist di lab engine. Tapi Tengku survey dulu di lab edu. Alhamdulillah dapat pc dengan mudahnya. Tak macam tahun-tahun sudah, punyalah payah nak dapat pc, nak regist. Mungkin sebab kamipun lambat pergi cari pc kosong…

Semalam juga buat pertama kali aku dapat regist dengan jayanya. Segala yang aku plan(ada 3 plan.: Plan A, plan B dan plan C) Tapi regist plan A saja dah cukup. Alhamdulillah Allah mudahkan. Mungkin sebab akupun bersemangat waja buat jadual pada 2 hari sebelumnya. Sebelum ini tak pernah aku bersemangat begitu sekali buat jadual sebab ada kawan yang tolong buatkan;) kira berdikarilah sikit kali ni;) inshaAllah berdikari dan bermatlamat hehe..


Semalam juga aku bangun sahur buat pertama kalinya. (hehe padahal memang umat Islam bangun sahur semalam:p ) tapi aku makan sebiji tamar dan 3teguk air masak(jarang benar aku sahur macam ni :(. Mesti mak terkejut kalau dapat tahu ni. Diet???
Taklah, sebabnya malam tu aku dah makan berat, akibatnya payah nak tidur. Jadi aku bangun sahur tadi tu sebab nak ambil berkat. Kan Rasulullah galakkan kita sahur. Tak semestinya kena makan yang berat2. Ikut keperluan seseoranglah. Waktu sahur dinihari tu aku terbayang sahur dirumah. Seronoknya.. Alangkah indahnya! Tapi impian itu mungkin lambat tercapai. Semalam aku tanya sahabat boleh tak nak balik dalam 2minggu lagi. Tapi permintaan ku tidak diluluskan(ewah, macam minta cuti kerja pula) atas sebab banyak lagi komitmen sekalipun hujung minggu! cuti raya baru dibenarkan balik!(memanglah, kalau tak dibenarkan pun aku akan blah! hehe)

Itulah kisah aku untuk semalam. Semalam memang penting bagi aku. Sebab aku akan usaha pastikan apa yang aku buat hari ini, lebih baik daripada semalam. inshaAllah.


Aku harap Allah mudahkan perjalanan bulan Ramadhan dan ibadat puasa semua umat Islam termasuk aku yang selalu gastrik.

2 comments:

CerminDiri said...

salam kehidupan,

biar apa pun kerje kita, selayaknya kita berusaha mengutip sebanyak mungkin peluang di bulan rahmat ini.

selamat berpuasa dan semoga hidup kita terus diberkati.

SoalHati said...

cermindiri,

betul tu..setiap kerja kita kalau niat kerana Allah kan dikira ibadah di sisi Allah;)


.I ♥ Khat.





Grab A Button