CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

08 February 2009

BUBAR DUN, ADAKAN PILIHANRAYA SEMULA & KEMBALIKAN KUASA RAKYAT UNTUK MEMBUAT PILIHAN!

Nizar tidak derhaka- Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Ini bukan soal Melayu (menderhaka) tetapi dalam Islam, raja atau rakyat, orang bandar, orang kampung, tak kira raja, tok guru, setaraf semuanya dan mereka bertanggungjawab kepada Allah di akhirat kelak,'' katanya.

Pas tidak mengiktiraf kerajaan baru Perak yang dibentuk oleh BN dengan anggapan ia adalah kerajaan haram.

Ini berasaskan kerajaan itu muncul dengan tiba-tiba mengambil alih kerajaan yang sah setelah dipilih oleh rakyat melalui proses pilihan raya lalu.

Tidak kisah jika sesiapa hendak lompat parti disebabkan rasa tidak puas hati tetapi menimbulkan persoalan apabila mereka hilang dan muncul dengan tiba-tiba.

"Saya berharap apa yang berlaku di Perak tidak akan berjangkit ke Kelantan atau negeri-negeri lain. Sekiranya hendak tubuh kerajaan, hendaklah dipilih oleh rakyat, bukannya main 'tangkap' saja seseorang itu,"

Pakatan Rakyat masih berpendirian Nizar Menteri Besar yang sah.

Kami akan memfailkan satu saman bagi mencabar keabsahan perlantikan Menteri Besar yang baru dari Barisan Nasional. Panel peguam sedang mengkaji tindakan ini. Kami masih berpendirian bahawa YAB Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.


Bubar DUN Perak, beri peluang rakyat memilih- Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

PAS berpandangan bahawa Menteri Besar (MB) Perak pada masa ini, iaitu Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, hanyalah boleh diturunkan dari kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ianya bersidang.

PAS yakin bahawa sekiranya permohonan MB untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri diterima, maka suasana yang tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan.

Pembubaran Dun akan membuka ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka menerusi satu pilihan raya yang menyeluruh di negeri Perak.

Saya juga ingin meminta kepada seluruh rakyat di negeri Perak khususnya dan seluruh ahli dan penyokong kerajaan Pakatan Rakyat di seluruh negara secara amnya supaya bertenang dan tidak terjebak dalam perangkap provokasi yang mungkin ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu"

Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin

"Saya ingin sampaikan salam kepada semua kakitangan kerajaan negeri yang selama ini telah memberikan khidmat cemerlang sepanjang saya menerajui kerajaan Pakatan Rakyat Perak."

"Saya ingin berpesan kepada kalian agar meneruskan kerja-kerja baik yang telah dilaksanakan sepanjang 11 bulan yang lalu. Insya-Allah, kita akan bertemu lagi dengan kejayaan yang lebih besar kerana saya yakin pertolongan daripada Allah makin hampir"

** Bangga sangat dapat lantik MB PERAK YANG TAK SAH tu... Dengar cerita nak lantik MB PERAK TAK SAH pun sampai berebut kerusi juga.. ish3...
** YAB Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, bersabarlah. Hanya insan yang benar-benar KUAT dipilih Allah untuk hadapi ujian sebegini.
** Kita? teruskan berdoa dan solat hajat moga kemelut yang melanda Perak kini berkesudahan yang baik. "Apa yang kamu suka tak semestinya baik untuk kamu dan apa yang kamu benci, mungkin baik untuk kamu"

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button