CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

06 February 2009

Menakutkan!

Aku tiada mood untuk mengupdate kebelakangan ini.. Tiada mood untuk rancak menaip seperti sebelum ini..

Tadi baru saja menonton berita. Takut tengok situasi di Perak.....

Semalam baru kena kejar anjing. Berapa ekor? 4 ekor! 2 anjing hitam, 2 anjing putih. Badan macam anjing polis, gempal-gempal, sihat-sihat, sangat besar. Takut! terkejut! Asyik sangat type sms masa on the way nak balik bilik, bila pandang depan, anjing tengah tengok! Ala-ala pak guard tunggu student yang masuk gate kolej lebih dari jam 12 malam. 3 saat bertentang mata dengan anjing tu, undur ke belakang 3 tapak, anjing terus mara.......aku pun.......terus berlari tak cukup tanah! Selipar tertanggal dua dua. Tinggal aje! esok ambil selipar tu! Lari masuk blok orang.... Gelap! Jam dah pukul 1.15pagi. Intai kat luar, anjing-anjing masih berkeliaran...seolah-olah mencari dimana aku menyorok.. 5 minit, aku keluar dari blok dan ikut jalan yang tak biasa aku lalui untuk pulang ke blok aku. Sampai bilik, baru sedar stoking basah! Lecak! Kotor sangat! Tapi....Alhamdulillah, aku masih bernyawa. Alhamdulillah aku tak digigit anjing. Alhamdulillah, umur masih panjang... ;=( Ni kali ke 3 'disergah' anjing. Kali pertama dulu, sampai sakit perut bila anjing acah-acah macam nak kejar. masa tu jam 2.30pagi, kat blok sendiri. Nak ke gate Mahallah sebab abah datang ambil, sekali anjing sergah, nak kejar! aku berlari masuk blok lain juga... Bila line clear, terus berlari menuju kereta abah. Abah terus bawa pergi stesen minyak petronas. Aku sakit perut sampai nak ke toilet disebabkan anjing tu!

Pengalaman ke2, agak pelik dan bulu roma bisa tegak berdiri bila cerita kat kawan-kawan. Sekali lagi, aku sedang type sms masa naik tangga. Nak balik bilik tingkat 3. Sampai tangga tingkat 2, aku nampak macam makhluq hitam yang sangat besar sedang menaiki tangga juga. Bila aku pandang ke atas sedikit, ya Allah! Anjing! 2 ekor anjing hitam yang besar dan gempal! Juga macam anjing yang polis duk heret tu.. Aku terkejut! Anjingpun terkejut! Depa kat atas. Bila-bila masa depa boleh lompat dan terkam aku! Aku pun terus berlari turun! Ya Allah, tak sangka aku akan terserempak anjing naik tangga sampai level 2... Kemanakah anjing itu akan pergi? Mesti terkejut penghuni level 2 kalau buka pintu, tengok-tengok anjing depan bilik! huhuhu....

Oklah,panjang pula kisah anjing ni. Aku pelik case ke2 tu sebab kat blok aku tak pernah nampak anjing hitam. Yang ada hanya anjing putih tompok hitam yang sangat kurus serta baik. Tak kejar orang malah melarikan diri bila nampak orang. Tapi yang muncul pepagi buta ni....... wallahu'alam datang dari mana...

Ok, nak pergi meeting. Mood tak berapa ok harini. Semalam tidur mimpi kena kejar anjing. Trauma kot. Bangun pagi kaki sakit nak jalan. Kes berlari pecut semalam! Tanpa memanaskan badan terlebih dahulu. Kwang..kwang..kwang...

4 comments:

Liyana Safra said...

horror nyer crite anjing tu! jgn jalan memalam sorang2 lagi..adey,mase balik cuti summer aritu pun lily kene kejar anjing gak,die tunggu kt tangga gak,kt one flat umah kawan,isk!anjing kt jepun smer comel2.kalau besar pun,mesti ade tuan die..anjing ni mcm anak derang...derang pakaikan baju ,ribbon smer,siap antar ke saloon,,adeh~rase nk belai2 tp haram la plak kan

hkmhzhr~ said...

ee.menakutkan nyer. kat safeiyah ke nie?

Anonymous said...

sian dia..... uhuk2!!

Cahaya Mata Kemuliaan Agama said...

lily...mesti cute anjing gitu kui3. apakan daya, haram tetap haram. kita main kucen sudahler..hehehe.. takut gak ni nak balik malam2..tapi nak buat cane, tengah malam jer selalu dpt online dengan tenangnyer...

hakimahzuhari,
ye dik, kat safiyah la tu huhuhu

anonymous,
doakan sy tak diulangi lagi peristiwa spt ini

.I ♥ Khat.




Grab A Button