CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

08 February 2009

Dapat Madu

Assalamualaikum. Pekabar geng-geng semua? Soalhati? Masih kurang sihat.. Haisshh, kenapa ni asyik sakit jer sem ni. Bimbang rasa. Kebiasaanya aku akan sakit sekali jer 1sem. Biasanya demam sekali. Dalam 4-5 hari then baiklah. Lepas tu tak sakit dah sampai habis sem. Kalau ada sakitpun mungkin just sakit biasa, bukan demam+batuk+selsema yang teruk. Tapi sem ni sangat berbeza. Lepas kena batuk dalam sebulan(lambat baik sebab langsung tak pergi klinik), kemudian baik dalam seminggu. Selepas tu batuk semula sampai sekarang. Rasa ok lagi sebab batuk saja masa awal-awal tu. Tapi batuk kali ni mesti m*****. Batuk terlalu kuat sampai keluar semua isi perut. Rasa membazir je beli makanan huhuhu. 4hari sebelum hari ni, memang setiap hari aku m*****. Sampai 'duk ngekok' dalam toilet. Uisshh..kenapa ni....

Aku tak dapat attend meeting. Tak larat jadinya. Kebiasaannya kalau aku sakit, aku still nak pergi meeting sebab memang perasaan melonjak-lonjak nak pergi meeting. Tapi kali ni tak.. Rasa tak nak pergi mana-mana bila sakit macam ni. Rasa tak nak jumpa sesiapa. Rasa tak nak sahabat-sahabat/ adik-adik tengok aku dalam keadaan pucat dan moyok ni.

Teha sms "kak in ada madu x? mkn madu ye.."

Aku tak ada madu. Memang aku tak ada ubat-ubat, makanan tambahan dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Memang aku tak reti nak beli. Kalau belipun tak makan. Tak cakna. Selalunya maklah yang suggest aku makan itu dan ini. Macam-macam produk kesihatan mak beli untuk aku. Tapi aku? Biarkan saja. Tiada perasaan langsung nak mencubanya.

Aku pergi giant dengan Ila. Kali ni aku nak cari madu. Entahlah, tiba-tiba rasa nak try. Mungkin aku sendiri bimbang dengan kesihatanku akhir-akhir ni. Kalau dah setiap hari asyik m***** je, apekejadahnye tu! huhuhu

Aku tak reti nak pilih. Ada 2 jenis madu. Akhirnya aku ambil madu yang memang madu. Tiada campuran lain macam madu satu lagi. Madu tu siap ada perisa strawberry lagi. Ish, macam manalah rasanya agaknya ye. Tak apalah, untuk permulaan aku ambil madu ni. Harganya 15 ringgit.

Balik bilik... Sahabat dari Kedah yang datang ke kampus call aku. Katanya nak jumpa aku nak bagi barang. Beriya benar dia cari aku, nak jumpa aku... Pelik juga. Ai, nak bagi hadiah sempena birthday ke24 tahun ke? Ke dia nak bagi kad kahwin nak minta tolong aku edarkan? Almaklumlah, aku jadi 'ketua perempuan' batch aku, selalunya bila ada kad kahwin, aku yang kena edar.... Tapi, sangkaan ku meleset! Dia datang dan beri aku MADU.... Madu ni campu dengan Habbatus Sawda'. aku tengok harga dia RM 65..... huhuhuhuhu betapa terharunya aku. Tak tahu nak kata apa.... TERIMA KASIH CIKBAH!

Apa tandanya bila orang suruh beli madu, aku nak beli & dapat pula MADU ni?

'Ain! Kalau dah orang lain sibuk memikirkan kesihatan diri kau, kenapa kau sendiri tak nak fikirkan kesihatan diri sendiri? Kawan sanggup datang bilik, panjat tangga sampai level 3, semata-mata nak bagi kau madu tu. Tapi kau?

Yela-yela.. aku makanlah nanti. Janganla marah macam tu sekali! Pagi ni aku dah mula makan madu tu! InshaAllah aku akan jadikannya amalan. Aameeen.. :)

"Daripada perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya sebagai PENAWAR bagi manusia" (An-Nahl:69).


Semalam pergi giant beli 'belon hello kitty'. Malu sangat nak bawak balik. Dah la naik teksi. On the way nak pergi tunggu teksi tupun dah ramai orang melihat diriku bersama kitty tu. Masa beli tu aku minta dengan abang tu bagi plastik. Tapi dia kata mana ada orang beli belon ni minta plastik kak long...(aku kakngah la bang!). Malulah saya nak bawak.. Dia kata apa nak malu, bukan kaklong curi. Hmm, betul tu! Tapi tetap malu gak. Mesti orang ingat saya beli untuk 'anak' saya.. hehe. Masa naik teksipun pakcik teksi tanya saya "Ada orang bagi ke?". Eh tak..saya nak bagi kat orang...Apapun saya harap sahabat saya nun dibukit Sumayyah sana sedikit terhabur. Saya selalu fikir apa yang boleh saya buat untuk membahagiakan sedikit hati orang yang saya sayang.... Kali ni, saya beli 'kitty' tu. Diapun memang suka kucing dan suka sangat colour pink! okeyletu! :)

6 comments:

one-areyou said...

Doa ummi moga k ain cepat sembuh. Umi pun dapat mc dua ari, ari ni dan esok. Tak tau kenapa sakit kepala sebelah. Sakit sangat. Tak leh buat kerja lebih sangat..
Batuk jangan dibiar melarat, kuman batuk ni jahat, boleh merebak banyak tempat especially bahagian dada. Jaga sikit. Baik gi klinik ambil anti biotik. Cikgu lama jd doktor lama..

SoalHati said...

sakit kepala sebelah?kanan ke kiri ummi?
hm..penat sangat tu..maybe x cukup rest, x ckp tidur...jgn stress2 ye ummi..kan ummi cakap aritu...ummi tak nak dh kerja berat2, nak seimbangkan kehidupan ummi dgn perkara2 lain:)
tp yelah, cakap tak semudah yang disangkakan..tanggungjawab besar...maka ...sentiasa busy lah...huhu..

terima kasih doa ummi.
'Ain dh mitak antibiotik ngan doc aritu..tapi faham2 jelah klinik kat kampus ni..tak boleh nak diharapkan sangat..huhu..nak gi klinik luar, tak de perasaan bila duk kl. kalau duk umah, ada orang bawakkan..baru nak gi... hehehe ngengade plak...

Anonymous said...

Salam...
Cuba la produk HPA... bagus tuk kesihatan :)

SoalHati said...

madman_return...long time no chat. hehehe...
madman pengedar HPA ke?

Nurul 'Izzah said...

saya memang sangat gumbira menerima kitty itu huhu :p

esok kita g klinik luar la..jumpa doc lain, klinik dlm kampus ni tau2 jela..huhu.

Ok, nak g cat banner MC nih :p Jumpa nanti ye :p

SoalHati said...

anak suka, ibu gembira..

hahahaha mcm iklan tv tuh


.I ♥ Khat.





Grab A Button