CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

15 October 2008

Bilis sakit!

BILIS

Assalamualaikum. Hari ni kehidupan lebih tenang bebanding semalam. Ya, semalam usai subuh, aku mahu menyambung mimpiku,tapi apakan daya, mataku seolah-olah ada lidi yang disendalkan di ruang mata. Agar kelopak mata tidak bisajatuh dan terkatup! Akhirnya aku mengambil Bilis. Aku melayan Bilis seperti hari-hari sebelumnya. Semalam elok saja. Bilis tak meragampun. Sekalipun ramai yang datang melawat Bilis dan memerlukan Bilis untuk transfer pelbagai gambar dan video kenangan. Bilis tetap senyum dan melayan sebaik mungkin. Ya, memang ada yang membawa virus serba sedikit, tapi Bilis mampu tempuhinya dengan antibody yang Bilis ada…AVG

Namun, pagi ini, Bilis meraung kesakitan! Sama kuat nadanya dengan empunya Bilis! Akulah! Mata tak dapat menahan tangis lagi tatkala menyedari kesemua files dalam MY DOCUMENT lesap!!! Innalillah.. ya Allah..apakah dosaku…. Jam menunjukkan jam 7.30pagi. aku benar-benar tak ketahuan apa yang patut dilakukan. Menghantar Bilis berjumpa doctor peribadinyakah? Atau aku terus saha RETYPE assignment yang dah siap semalam!? Lalu beberapa keeping sms ku kirimkan kepada geng-geng yang arif bab-bab ini. Aku juga sms pada doctor peribadi Bilis. Kata doctor, bawalah ke kliniknya, dia boleh cuba cari file2 yag hilang tu. Aku ada kelas 2-6.30petang. andaikata aku bawa Bilis berjumpa doctor peribadinya, pastinya akan mengambil masa. Itupun belum tentu medical check up ke atas Bilis akan selesai. Akhirnya, aku RETYPE assignment tersebut. Aku cabar diri, untuk menyiapkannya dalam masa 2jam! Alhamdulillah. Akhirnya aku dapat siapkan assignment tersebut! Betapa sedih dan tak excited aku nak menaip semula assignment tersebut. Lantas tidur disambung kembali memandangkan semalam hanya tidur 2 jam. Qadha’! petang nanti kelas lama weh….

Sebentar tadi, sir membuat 1 pengumuman. Katanya buat apalah awak submit assignment hari ni sedangkan saya tak dapat nak check juga. Ya Allah..baiknya sir….fikir macam tu….hehe.sir kata hantarlah Isnin depan! Lama tu… tapi assignment aku telahpun siap. Tinggal nak print je. Jadi mungkin hantar Jumaat nilah. Boleh recheck mana yang perlu. Semalam kan sangat kalut dan tak tenang menyudahkannya. Hehe. Alhamdulillah. HIKMAH UJIAN!


No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button