Assalamualaikum. Kawan2 berbuka apa tadi? Hurm aku as usual, tak dapat memisahkan diri dengan nasi bila berbuka dan sahur. Kalau sekali sekala mak buat mee sup ke, mee goreng ke, mesti tak lama tu nak menelan nasi jugak sikit:) Hari ni gagahi diri buat puding. 2 jenis. Puding Kastard Koktel Berkuah dengan Puding Koktel Colourful. Wan dengan family abang nak balik kampung halaman, jadi tak sedap plak kalau depa balik tangan kosong je. Saja buat lebih puding tu..untuk dibahagi-bahagikan dan dijual!(semestinya hehe). Tapi tak tahu kenapa kali ni puding lembek sikit.Macam orangnya huhuhu. Memang lembik sungguh hari ni. Sampai rasa nak berbuka dek muntah 3 4 kali. Termasuk di tempat kerja. Tapi terus bertahan. Sayanglah..nanti kena ganti plak. Tak mahu la saya huhu~
Ok, ni nak kongsi resipi puding2 ni. Mak budak tuition pun ada tanya, jadi share di sinilah ye. Actually sebelum try buat puding kastard ni, aku survey banyak resipi juga. Jadi tengok situ sikit, sini sikit, finally, reka2 sendiri sikit hehe.
Bahan-bahan:
1 paket agar-agar
1 1/2 tin susu cair( aku guna susu cair F&N)
Setengah tin fruit cocktail, air fruit cocktail ni asingkan ya.
Setengah tin susu pekat
4 gelas air
4 sudu gula
1sudu teh esen vanila
1 tin buah peach (ikut suka ni nak letak ke tak)
Sedikit cherry merah
4 sudu besar tepung kastard
Cara-cara membuat puding kastard:
Mula-mula rendam dulu agar2 bersama 4 gelas air tu. Lepas tu panaskan sehingga agar-agar larut dalam air. Jika ada yang lambat sangat nak larut(hehe macam saya jenis tak sabar sikit) tapis je agar-agar tu.
Masukkan gula. Larutkan. Kecilkan api.
Tuang 1 tin susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau perlahan-lahan atas api yang kecil tu.
Larutkan dahulu tepung kastard dengan sedikit air biasa(sejuk), kemudian baru tuangkan dalam adunan puding tu. Kacau perlahan-lahan. Api tu maintain kecik taw..
Kacau..kacau..kacau..Agak2 dah larut semua dan sebati, pekat2, sedia untuk tuangkan dalam bekas.
Basahkan dulu bekas supaya senang nak keluarkan puding tu nanti.
Atur buah cocktail peach dan cherry. Design lah kut lagu mana pun hehe~
Tuangkan perlahan-lahan adunan puding.
Biarkan sejuk sikit, masukkan dalam peti ais.
Kuah/sos puding
Tuangkan susu cair, lebihan air fruit cocktail, 1 sudu gula, esen vanila. Kacau sebati atas api yang perlahan. Kalau boleh tak perlu manis sangatlah kuah dia ni sebab puding kastard tu dah manis:) Bila dah siap, macam tadi juga, biarkan sejuk dan masukkan dalam peti ais.
Dalam 5 minit lagi nak berbuka, eloklah dihidangkan...Nyum nyum nyum:) SELAMAT MENCUBA!
Hari ni juga rasa happy sangat. Walaupun puding tu lembek2 sikit tapi tak sangka habis:) Nak claim untung jual kuih dengan Chef Norma ni hehehe~ Sebab modal guna duit saya kih kih kih. Benarlah 9/10 rezeki tu datang dari peniagaan. Laku..laku..untung..untung..♥ hehe pelanggan pun suka. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment