Assalamualaikum wbt. :: 4 Ramadhan >>
Kawan2 semua ok ke setakat ni puasa? Sahur tak? Jangan tinggal sahur tau..keberkatan ada di situ. Sahur bukanlah bermakna makan banyak sampai kenyang:) Tapi sahur tu menjamah makanan, niat untuk berpuasa esok harinya.. Jadi kalau sesiapa yang tak larat nak bangun sahur, stanby aje air masak & kurma kat tepi katil.. Bangun terus minum air & jamah kurma sikit:) hehe~ Tapi aku memang tak bolehla..mesti nak nasi jugak. Kalau tak sahur dengan nasi, alamatnya esok tu menyanyi-nyanyilah perutku ini. Siap dengan lagu rock lagi huhu..
Ramadhan ni, aku dah stop tuition buat sementara waktu. Lepas raya on balik:) yelah, ramadhan ni semestinya kita semua nak merebut peluang-peluang hebat yang Allah sediakan buat kita. Rugilah kalau tak grab it kan! Jadi malam2 tu tak mahu dah ajar tuition...nak pergi terawih...Terawih datang setahun sekali je. Parent budak2 ni pun mesti nak pergi terawih juga kan. Jadi, kita hold lah dulu tuition kesayangan kita;)
*******
Catatan di atas di type petang tadi.masa kat sekolah:) Sambil2 anak murid yang tak puasa menikmai bubur ayam teacher pun online jap. Huhu bubur ayam benar2 menusuk kalbu. Oh ya pasal tuition tu, nampaknya kena buat juga bulan puasa ni. Tapi weekend, dalam 2-3pm. Baru petang tadi ada 1 of the parent yang mohon aku buat juga tuition before anaknya nak upsr ni. Tadi si ayahnya sms,
"Baru ambil iqah trial upsr dapat ..... peningkatan yang mendadak. terima kasih. kalau boleh nak sambung lagi tuition dia. mungkin pas raya atau mana2 masa yang sesuai sebelum dia exam upsr. sebab cikgu sekolah kata dia ada potential dapat banyak lagi A. nak mintak kerjasama cikgu. sekali lagi terima kasih"
Aku kalau ayat2 macam ni selalu je rasa syahdu..Huhu sebab rasa tak layak nak dapat ucapan terima kasih dan penghargaan dari parent. Semua tu dari Allah. dengan izinNya. Aku hanya lakukan dan berikan yang termampu. Bila dapat hasil yang memberangsangkan, rasa syukur sangat pada Allah...
No comments:
Post a Comment