CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

.Tetamu Istimewa.

13 November 2013

Anakanda 10 bulan

Assalamualaikum..
Tak dapat nak lelapkan mata malam ni.sebabnya tadi dah terlena sekejap.. Amjad masih ralit bermain..sungguh aktif. Ibu mengantuk sangat.. Abah pergi meeting. Terlena ibu..terjaga pukul 115am, nampak Amjad lena di sebelah ibu tetapi kedudukannya bukan seperti selalu...ni mesti terlena sendiri ni..entah..akibat ibumu terlelap dahulu..huhu... Dengar abahpun baru balik..dah siap2 nak tidur dah pun..ya Allah lena betul ibu tidur.. Sampaikan abah balik pun ibu tak sedar..

Alhamdulillah anakanda sekarang sudah masuk 10 bulan masa 4 November baru-baru ni. Nak kongsi perkembangan anakanda sejak awal 10 bulan ni..

* pandai sayang (cium dengan sesungguhnya..habis air liur tu jadi scrub kat muka kita hehe).
* pandai good bye..dengan kuatnya lambaian itu dan diiringi dengan sengihan menggoda..
* pandai duduk sendiri..tapi ibu tetap make sure sekelilingnya lembut..sebab kadang2 boleh terlentang tetiba aje.
* pandai panjat dan usaha nak berdiri..skip merangkak...tapi selalu juga nampak dia angkat tubuh tapi tak merangkak..nak buat push up agaknya
* pandai cari ibu kat master bedroom..yang ni tak sangka sungguh..dia cari sampai pintu toilet!
* pandai minum guna sippy cup dan straw

Banyak juga perkembangan mendadak Amjaf since dia masuk 9 bulan hari tu..masuk 10 bulan ni macam dia jadi lagi expert lah hasil dari siri-siri latihan ketenteraan yang dia amalkan sendiri hehe.. Ada kemahiran2 di atas yang dia dah mahir.sejak 7/8 bulan.. Tapi ni ibu baru ada mood nak berblog semula:))

Ok..got to go..semoga Allah pelihara kita semua.. Masih menangis hari-hati saat terkenangkan allahyarham Fequl....adikku tercinta..tapi aku dah tak kongsi di FB..mak sudah aktif fb kembali..aku bimbang mak akan kembali sedih..walaupun aku tahu sememangnya mak masih dan akan sedih selalu teringatkan arwah...

No comments:

.I ♥ Khat.




Grab A Button