Bila aku melihat dan mentafsir kehidupan kekeluargaan insan-insan sekeliling aku, aku patut lebih bersukur. Sangat-sangat bersukur. Setiap keluarga ada jalan cerita masing-masing. Turun naik institusi keluarga, berbeza pada setiap keluarga dan ada hikmah tersendiri. BENAR!
Contoh terdekat, pekerja mak aku. Ada 2 beradik yang kini menetap bersama keluargaku. Ibu mereka menghantar mereka ke sini agar mereka dapat mencari sedikit pendapatan untuk menyara bukan setakat diri mereka sendiri, tapi adik beradik lain serta ibu bapa mereka sekali. Dalam 2 3 minggu sekali, si ibu akan datang dan menuntut gaji yang anak-anaknya peroleh hasil dari titik peluh penat bekerja dari 2petang hingga 5pagi. Kedua-dua beradik ni tak pernah merasa alam persekolahan. Membaca, menulis, semua mereka tak tahu. Tapi Alhamdulillah, bila dah kerja di sini, mereka dah boleh membaca, mengira, menulis dan ada sedikit pendirian diri aku tengok. Paling menyedihkan, mereka tidak mempunyai taraf kerakyatan sekalipun mereka lahir di Malaysia. Sebab? Mereka dilahirkan di dalam hutan… mereka tidak pasti bila tarikh lahir mereka. Yang mereka tahu hanyalah tahun kelahiran…
Ada lagi kisah keluarga yang membuatkan hati aku terhiris. Walaupun ia tidak berlaku terhadap diri ini, tapi aku seringkali menggambarkan jika aku menjadi salah seoarang anak kepada keluarga tersebut.. pastinya aku akan mengalami penderitaan jiwa yang kronik!! Ayahnya tidak bekerja dan merupakan penagih dadah. Ibunya pula bekerja sebagai cleaner. Petang-petang, aku tengok ayahnya menghisap gam di anjung rumah! Ya Allah.. apa jenis ayah ni.. anak-anak yang masih kecil hanya melihat. Ada raut wajah yang kesedihan disana… malu.. apa lagi yang mampu mereka lakukan… melihat ayah yang seolah-olah tiada pegangan… anaknya pula, hanya seorang yang mampu merasa alam persekolahan. Yang lain-lain hanya memendam rasa untuk ke sekolah. Melihat sahaja abang dan kawan-kawannya yang lain ke sekolah setiap pagi. Sadis…. Bila ayah dan ibu mereka bergaduh, mereka akan duduk di luar rumah. Ada yang pergi ke rumah-rumah jiran.. tak tergamak untuk melihat pertengkaran tersebut! Mungkin bimbang pinggan kaca melayang terkena kepala!
Inilah sedikit kisah yang berlaku pada insan-insan sekelilingku. Sebab itulah aku patut bersyukur dengan keadaan keluargaku, sekalipun apa jua masalah yang telah dan sedang melanda. Sekurang-kurangnya masalah tersebut tidaklah sehingga meruntuhkan institusi keluarga. Nauzubillahiminzalik… bila Allah uji orang lain, patut kita ambil juga pengajaran dan peringatan. Moga-moga kita tidak ditimpa ujian yang sebegitu rupa…. Tak tertanggung rasanya!
2 comments:
salam..huhu..sedehnya bila dengar cite2 cmni...huhu
musafira_amani,
betul...sedihkan.....syukur dengan apa yg ada,sabar dengan apa yg tiada.
bantu mereka sedaya upaya....
Post a Comment