
Allah permudahkan akhirnya untuk dia. Dia sudah bertemu jodohnya yang dia cari selama ini. Setelah dia menempuh pelbagai mehnah, kini dia mampu tersenyum puas! Alhamdulillah, dia sudah bertemu Mr Rightnya. Saya bertanya, macam mana dia begitu yakin bahawa itulah jodohnya? Sekalipun dalam keadaan yang singkat, dia mampu bertindak sedemikian. Membuat keputusan! Menjadikan insan itu bakal suaminya tak lama lagi. Semuanya kuasa Allah. Dia tawakal sepenuhnya kepada Allah. Siang dan malam dia bermunajat. Mohon Allah beri kekuatan untuk dia hadapi dugaan hidup sementara ini. Dia tak kisah sesiapapun bakal suaminya. Asalkan yang beragama dan memahami perjuangannya juga! Sefikrah!
Saat menerima lelaki tersebut, perasaan cinta juga seakan-akan belum timbul. Dia tidak pasti. Apa sebabnya dia menerima dengan rela hati kehadiran lelaki itu di dalam kamus hidupnya kini. Dimata kasarnya, dia nampak sedikit kekurangan lelaki itu. Tapi pandangan mata hati mengatasinya. Kenapa rupa paras, tubuh badan yang dijadikan sandaran utama? Dia istighfar beribu kali. Dia yakin dengan Istikharahnya.
Allah mengaturkan segala-galanya. Urusan untuk mendirikan baitul muslim dengan lelaki tersebut, Alhamdulillah, berjalan dengan lancar. Tak disangka-sangka. Kedua-dua belah keluarga juga menerima dengan baik. Pastinya ada dikalangan ahli keluarga yang mempersoalkan pilihannya. Tapi Alhamdulillah, Allah mudahkan jua.
Bila direnung-renungkan, bertuahnya dia! Desis hati saya. Namun bukan mudah untuk dia kecapi kebahagiaan itu. Dia terpaksa lalui dahulu ujian-ujian yang Allah sudah aturkan buatnya sebelum mengecapi kegembiraan hari ini. Ujian mematangkan diri. Ujian mematangkan fikiran. Ujian juga sebenarnya mematangkan keimanan. Semuanya andai kita bergantung sepenuhnya kepada Yang Maha Esa!
Buat diri-diri yang masih belum bertemu jodoh, jangan diresahkan sangat. Tapi jangan tak usaha langsung. Tawakal padaNYA mesti didahului dengan ikhtiar yang berterusan. Seperti kata sahabat saya, Yong yang masih lagi bergelar pengantin baru,
“masing-masing ada cerita tersendiri… ada cepat, ada lambat. Nantikan sajalah saat-saat untuk diri masing-masing… “
No comments:
Post a Comment