CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

06 May 2008

When i'm ill, it is HE who cures me!

Dugaan bagi diriku di awal-awal semester 3 ni. Badan kurang sihat. Tokwan kata “Kak In sakit cukup pekej”. Bukat setakat demam, tapi batuk, selsema, sakit telinga dan yang terbaru, sakit mata. Innalillah… tapi Alhamdulillah, masih mampu menggagahkan diri ke kelas. Takutlah nak ponteng walaupun ada MC. Nanti jauh ketinggalan. Pergi kelas ni walaupun tak dapat berikan tumpuan 100%, tapi ada juga sedikit faedah daripada kita tak pergi langsungkan?

Bila diri kita sakit, pastinya kita rindukan keadaan kita bila sihat. Macam-macam boleh buat. Tapi sebenarnya kita kena fikir kembali, kenapa kita sakit? Yang bermain difikiranku hanyalah, Allah nak hapuskan dosa-dosa kecilku agaknya… Bila lama sakit, lambat baik, mungkin... banyaknya dosaku… :(

Sakit juga satu ujiankan? Kebiasaannya kita bersabar dengan ujian yang ALLAH turunkan. Tapi berapa ramai yang bersyukur dengan ujian?? Mujurlah aku sekadar demam, bukannya kena cancer(nauzubillah) atau penyakit-penyakit lain yang jauh lebih merbahaya dan sukar dirawat. Alhamdulillah, Allah baru uji kita sedikit cuma.
**Coretan kali ni lebih kepada mengingatkan diri sendiri yang sentiasa mahu diingatkan!:(

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button