CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

28 April 2011

Ke KL sekejap

Assalamualaikum kawan-kawan.

Kurang 2 jam dari sekarang, aku akan bertolak ke Kuala Lumpur. Sekarang dah mula berdebar-debar. Hahaha mesti kamu semua pelik kan?! Tapi memang aku macam ni. Setiap kali nak naik bas, nak turun bas, mesti berdebar-debar entah apa.. Padahal dah 11tahun kot naik bas! As a studentlah:) Ulang alik Kuala Terengganu-Kemaman 5 tahun, Ulang alik Kuala Lumpur-Kemaman 6tahun:) Tapi kali ni pergi bukan sebagai pelajar dah, tapi seorang wanita yang bekerjaya.. Ecece :P

Well, memang aku excited banget nak pergi PBAKL ni. Entahla, semakin aku tengok post2 PTS dan penulis2 tentang PBAKL 2011 ni, makin tak senang duduk. Nak ke sana seberapa segera juga! Tapi of course lah kena tunggu wekend baru dapat pergi. Alhamdulillah, tiket pergi dan balikpun dah beli. Kalau nak ikutkan, kedai buku Popular depan rumah aku je, boleh je beli buku-buku yang diidamkan kat depan rumah ni ha.. Tapi, TAK SAMA! hehehe~ PBAKL lagi SYOK! DUNIA BUKU BUKU BUKU! I LIKE! hehehe~ Berkobar-kobarkan.. Tapi bos dah pesan dah, jangan seronok sangat...Jadi saya simpan sedikit keseronokan didalam diri. hehe~ 

Sebenarnya ada juga part sedih nak pergi KL ni..Sedih sebab Esya akan menyaksikan pemergian makngah..Huhu~ Tak pernah2 nak tinggal Esya kalau Esya ada sini. Kali ni, kena tinggal..Esya, hari ahad duduk sini lagi ye? Makngah cuti ahad tu..boleh kita bergurau senda, makan bersama, menari dan melukis. Ok Esya? =(

Antara senarai buku yang bakal dibeli inshaAllah:

TUAN BERTANYA DR DANIAL MENJAWAB
TEKNIK SURAH YUSOF
31 KISAH NABI
KUASA KEMPIMPINAN ALFATEH- buku senior, ustaz Syaari
BAHAGIANYA MENJADI PENGANTIN  SEPANJANG MASA-buku senior, kak Mardiana;)

Ai..semua PTS! hahaha~ peminat setia PTS ni taw. Erm..buku2 lain nak survey jugak nanti. Budget dalam $300sahaja:) Tak banyak sangat sebab 8May ni kena service si kassim selamat tu..So kenalah menyimpan wawawa~~

Oh, aku juga nak beli tafsir quran.. Tafsir ku sudah diambil orang..:))

1 comment:

ariana said...

Amboi..jauhnya Ain pergi beli buku...:) Jangan lupa singgah kat gerai Inteam ye..:)


.I ♥ Khat.





Grab A Button