CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

10 June 2011

Terima segala baik dan buruk sesuatu perkara

Assalamualaikum. Salam Jumaat yang barakah.

Cuti sekolah 2 minggu tinggal satu hari saja lagi. Ke mana  aku cuti ni?  Aku tak ke mana-mana. Kehidupan  aku seperti biasa. Tak kira cuti ataupun tidak, biasa saja. Tak macam sesetengah orang yang akan plan bercuti dan makan angin di mana-mana destinasi yang mereka inginkan.  aku, hanyalah di rumah. Membantu ibu di kedai makan yang semakin hari semakin ramai pelanggan apatah lagi tiba musim cuti. Alhamdulillah, syukur dengan nikmat Allah. Namun dalam menikmati pemberiannya ini, terasa takut juga kalau-kalau nikmat itu menjauhkan lagi hubungan ini denganNYA. Nauzubillah..mohon-mohon Allah sentiasa pegang hati ini. Dekat denganNYA. 

Masa awal-awal start cuti, menangis juga dalam hati. Buat air dan basuh pinggan tak henti-henti. Berterusan sampai 3 hingga 4jam. Memang letih sangat. Tidurpun susah nak lena sebab terlalu penat..Pekerja tak cukup. Tapi bertehan jelah memikirkan ibuku lagi teruk bekerja berbanding aku huhu~ Berusaha untuk mengikhlaskan niat sewaktu menolong ibu. Bukan senang bagiku....rasa hendak enjoy dan bersenang lenang sewaktu cuti harus dikuburkan. Berusaha untuk rasa enjoy dengan membantu ibu di kedai...huhu~ 2 3 hari ni baru kurang sikit. Ada seorang pekerja baru. Nampak bagus bekerja. Aku mohon pada Allah agar dia kekal bekerja di sini.. Aameen..aameen..aameen... Ada pekerja ni, ringan sikit aku. Basuh pinggan sajalah. Buat air dah 'malas' :(

Tuitionpun aku buat cuti sekolah ni. Ada seorang pelajar saja. Anak murid lain minta cuti sepenuhnya sepanjang cuti sekolah ni. Baguslah,  akupun niat nak berehat dari mengajar siang malam. Tapi yang seorang ni aku buat juga kelas memikirkan ayahnya meminta tolong kerana anaknya sangat lemah dalam kesemua subjek. Bakal menduduki UPSR tahun ini. Aku lakukan seupayaku. InshaAllah. Selebihnya, diri anak itu sendiri untuk melakukan yang terbaik,terus bersemangat dan gigih untuk belajar. Paling penting, mohon pada Allah selalu. 

Hurmmm....sebenarnya aku sedikit muram hari ni. Semuram cuaca hari ni. Mendung, tiada angin, sunyi dan sepi. Semalam berlaku perkara yang amat menyedihkan dan memeritkan. Mahu saja diri ini lari dari semua masalah. Tapi itu bukanlah penyelesaiannya. Aku tabahkan hati dan banyak melihat kesengsaraan orang lain. Apalah sangat nak dibandingkan dengan ujian kecil yang Allah beri ini. Allah, kuatkan aku dengan kesabaran. Kadangkala ujian seperti itu sangat meruntun jiwaku....Tapi aku sedar, manusia bukan sempurna. Aku harus terima segala baik dan buruk sesuatu perkara. 

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button