CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

27 June 2011

Keselesaan

Assalamualaikum. Apa khabar kawan-kawan?

Aku alhamdulillah sihat wal afiat. Ni baru nak bernafas dengan baik huhu~ Pekerja mak aku dah berhenti lagi. Tinggal dua orang je sekarang ni.Memang terkejar-kejarlah jawabnya. Customer plak sekarang ni memang boleh tahan. Alhamdulillah. Semenjak ada mesra mall tu, semakin murah rezeki mak.. Namun aku harap, pekerja akan bertambah lagi dalam 3 orang ke..huhuh manalah nak cari tu.. 3 orang yang jujur dan setia. Malam nipun mujur tak ada tuisyen. Anak murid ada action song katanya. Jadi bolehlah tolong mak awal sikit.

Lama juga aku tak update kan.. Sebenarnya dah ada 4 posting aku save as draf. Huhu..ta tahulah kenapa.Tulis sikit, save..lepas tu tak ada mood dah nak sambung. Kali ni kena betul-betul habiskan penulisan dan klik publish. Kalau tak akan jadi draft yang ke 5 hehe~

Rutin aku berjalan macam biasa. Pagi ke kerja. Balik plak as soon as possible kih3. Teruk betul. Memang terus baliklah kalau tak ada kerja dah kat sekolah. Sampai rumah je, rest sekejap lepas tu house keepig. Baaaannyyaaakk sangat nak kena kemas. Nak harapkan orang lain, memang tak bolehlah. Selalu mak upah orang datang kemas, tapi lepas tu ada kes curi mencuri plak.. Tu tak suka tu. Ahirnya buatlah sendiri semuanya. Buat sikit-sikit. Alhamdulillah rumah dah semakin clean and clear sikit:) Eh rasanya tak cerita lagi kot rumah dah renovate. Hehe sibuk je nak beritahu kat sini kan.. (blog I suka hati I lah hehe). Actually nak cerita juga sebagai pernghargaan buat MAK yang bagi kami keselesaan yang tak disangka sama sekali. Akupun sekarang dah dapat 1 bilik yag terbesar berbanding 5 bilk yang lain..huhu memang terharu sangat masa mak beritahu hari tu. Ingatkan mak yang akan pindah ke master bedroom tu. Rupa-rupanya mak buat untuk aku...Syukur ya Allah. Terima kasih banyak-banyak mak......:'( Terharu banget.... Bukan sekadar ruang kamar yang luas,  mak hadahkan juga tilam bono, bilik air, kipas... huuuuu....tak terhitung nikmatNYA. Syukur padaMU yaAllah atas keselesaan ni. Sekalipun kami dihimpit dugaan perit yang lain, namun kasih sayangMU tak pernah putus terhadap kami.....Moga kami semakin tunduk kepadaMU..




1 comment:

acusrikandi said...

of course la dapat bilik besar..ada makna tu=p..senang nak buat persediaan awal..hehe..dah boleh start decorating tu..nanti ada masa nak singgah umah u..nak jengok bilik baru..buleh kah? hehe


.I ♥ Khat.





Grab A Button