Assalamualaikum readers:)
Hari ni 2 kali senamrobik..pagi dan petang! Mantapkan..kuruslah patik nanti hehe~ Actually kat school dah start praktis untuk sukan. Biasalah dengan budak2 ni, apa-apa kena praktis dulu, kalau tak berterabur nanti.. Praktis banyak kali pun still kena 'bimbing' masa hari kejadian hehe~ Ada jelah yang tak nak main, yang segan, yang menangis..:) Sekarangni aku sakit pinggang sangat. Tak tahulah dek kerana memang sakit yang dulu atau kes senamrobik yang mengejut tadi! Tak warm up langsung hehehe...semangat sangat! Tapi memang aku sukalah..best..'menari' ramai2 dengan cikgu2..of cos semua perempuan okay!;)
Hari ni kerja sampai petang. Aku bertugas sampai petang setiap hari Rabu dan Khamis. 7.30pagi hingga 5petang. Kiranya Ahad, isnin, selasa memang dapat balik awallah. Paling awal balik jam 12tengahari:)) Over taw..hehe~ Tapi kalau ada kerja2 lain tu such as tunggu budak, cikgu tak cukup, so baliklah dalam 1/2petang jugak.. Menjelma je Rabu dan Khamis, all out kerja pagi sampai petang. Jumaat tu mulalah rasa nak tidur je setidur-tidurnya:) Setiap malam weekdays plak aku memang ada home tuition. Kat rumah aku ni je. Alhamdulillah setakat ni budak ada 7orang. Satu kelas sekali datang 3-4orang. Aku seorang je mengajar..itupun kadang2 tak sempat nak layan soalan budak-budak ni. Banyak sangat tanya..Out of the topicpun banyak :p Ingat nak carilah dalam 2 3 orang lagi.. Dulu ada juga sahabat ajak buat pusat tuition kat Kerteh, tapi setelah menimbang beberapa perkara, aku terpaksa menolak.. Sedih juga, tapi inilah yang terbaik.
Aku tuition kat rumahni pun, sambil2 boleh tolong mak kat kedai.. Allah.... tak tahu nak cakaplah, pekerja kat kedai mak aku ni tak 'lekat' sokmo. Huhu~ Sangat sedih dan mengecewakan. Tapi alhamdulillah masih bertahan dan kedai masih berjalan.. Punca rezeki kan..Mana boleh tutup selalu. Nanti pelanggan lari plak.. Aku harap sangat Allah datangkan pekerja yang jujur dan betul-betul commit..Aameen. Ni pun lepas tuition tadi aku terus masuk kedai buat air.....Oh, bersabarlah atas dugaan 'kepenatan' ini....
No comments:
Post a Comment