CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

08 March 2010

Kasihnya DIA

Assalamualaikum. Hai semua!=)

Alhamdulillah. Tadi berlangsung tuisyen buat kali ke2 kat rumah ni. Sebelum ni mengajar kat rumah students. Tapi students kesayangan dah terpaksa stop tuisyen. Kelas tambahan kat sekolah boleh kata hampir setiap hari, siang dan malam. Jadi sampai tak ada masa plak nak tuisyen2 extra nih..huhu~ Sedih juga. Bukan setakat sedih rezeki dah tak ada kat situ, tapi sedih juga dah tak boleh release tension kat rumah tu...rumah yang sangat best!;) Aunty dan Maya, bila2 ada kenduri apa2 jemputlah cikgu. hehe~ Boleh cikgu lawat2 lagi rumah kamu syurga kamu itu;)

Allah maha pemurah.. Aku dapat seorang student baru. Yang ni plan ambil sains dan matematik. Tapi baru pergi 1 kelas, dia dan ibunya decide nak ambil lagi subjek lain. Mungkin nak tambah BI dan BM. Kakak dia yang nak ambil PMR tahun ni pun nak masuk tuisyen sekali. Esok, kakak dan adiklah datang tuisyen. Alhamdulillah, gembira sangat tadi. Maha kasihnya Allah.. Menolong aku pada saat aku amat memerlukan...
Gembira gembira juga, tapi rasa amanah tergalas dibahu tu pun berat juga. Kalau ajar yang tak ambil 'pekse besor', ok sikit. Ni bila ada target besar tahun ni, berat sikitlah kan..Tak boleh buat main, tak boleh ambil ringan..(ye, sape nak wat main2 hehe). Aku harap Allah mudahkan aku dalam mendidik dan dididik ni.

Ada lagi seorang budak darjah 4. Aku kenal dia dalam satu majlis kesyukuran. Banyak jugak aku sembang dengan dia dan adiknya. Adiknya ni ada la dalam 5/6 tahun gitu. Sangat manja. Masa dia datang, aku tanya mana mak. Dia jawab 'mak dah meninggal tahun lepas'. Allah..terdiam aku seketika. Aku 'jaga' mereka sementara ayah mereka menunaikan solat hajat berjemaah. Rupa2nya ayahnya juga aku kenal. Tapi kenal gitu2 jelah.. Habis majlis, ayahnya bertanyakan serba sedikit mengenai kerjaya ku. (Amboi, tak tahan~ kerjaya tu!:P) Aku cerita la sikit2 apa yang aku lakukan sementara belum ada kerja tetap ni. Terus ayah dia decide nak hantar anaknya tuisyen dengan aku. Alhamdulillah...

Tapi hari demi hari belum menampakkan hasil. Masalah timbul apabila si ayah ni tak dapat nak hantarkan anaknya malam2 kerana sering balik kerja lewat, outstation, meeting dll. Aku plak tak sedap hati nak mengajar dirumahnya malam2..Sekalipun ayahnya kata yang dia akan ke surau setiap kali aku datang ajar tuisyen, tapi terbit juga rasa kurang enak dihati. Bimbang mulut orang. Memanglah kita tak perlu peduli sangat apa orang cakap, tapi mulut orang tulah yang mengalahkan mulut tempayan huhu~ Aku serba salah mulanya, tapi bila minta pendapat mak dan abah, mereka lebih suka kalau anaknya belajar tuisyen dirumah ni, bukan aku yang ke sana... Kesian plak bila mengenangkan anaknya tu teringin nak ada pembimbing dalam pelajaran... Apapun, aku harap aku dah buat keputusan yang betul. Moga2 suatu hari nanti, pakcik tu dapat hantar juga anaknya ke sini..Kalau tak pun, pakcik tu dapat carikan cikgu tuisyen yang lain..Aameen.

No comments:


.I ♥ Khat.





Grab A Button