CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »



.Tetamu Istimewa.

19 March 2010

KT-PP...PP-KT :)

Okey, meh kita ikuti alkisah trip ni satu persatu yep:P Aku bertolak ke Penang bersama Izzah Ulfah. Aku di Kemasik ni bertolak dulu ke Dungun. Mak tolong hantarkan. Dalam 3petang. Makan2 dulu ditepi pantai, barulah mak hantar ke rumah Izzah Ulfah. 7.10malam, ayah Izzah yang baru je pulang dari Kuantan, terus hantar kami pula ke Kuala Terengganu. Oh, sungguh kasihan..huhu~ Tapi apakan daya, memang terpaksa menyusahkan beberapa pihak kali ini hehe. Termasuklah si Shaferul Hafes selaku pembeli tiket kami pergi dan balik. 8.40pm, sampai steses MBKT. Alhamdulillah. Tanpa menunggu lama, terus cari bas dan naik!:) 4.40pagi, selamat kami tiba di Butterworth!Nak sambung tidur, tapi surau tutup. Melepak jela kami kat stesen bas tu. Saja cakap banyak pagi2 tu..tapi tengok2,lambat lagi nak subuh..huhu~ Alhamdulillah, dalam 5.40, Ku & da geng datang jemput kami! Oh, sungguh excited dah dapat jumpa anak2 semua!:)


**********
Kami singgah kat masjid....urm..urm..ala, terlupalah nak salin nama masjid tu! Tapi aku sukalah masjid ni. Selesa bangat. Dengan jemaah2 muslimatnya yang sangat ramah. Makcik2 semuanya:) Solat subuh berjemaah, dengar kuliah subuh dalam kemengantukkan tapi tergelak juga dengar slang orang penang..bila dah pastikan semua jemaah dah balik, kami pun mulalah berguling2 seketika hehe..penat weh duk lama2 dalam bas...9.15am., semua dah siap2 nak bertolak ke Kuala Muda, Penaga dah. Explorace bermula:)Plan nak bertolak 8.30am. Tapi biasala kan..orang perempuan..iron tudung je berbelas2 kali hahaha...Lihatlah padatnya kereta itu..kih3


**********
Dah sampai Rumah Wani dalam 9.50am. Alhamdulillah, explorace berjaya. Well Done Tengku!:) Gembira dapat jumpa 'anak2' yang datang lebih awal; Akram dan Fizah juga Salwa yang memang orang Penangpun:)


**********
Wani dan pengapitnya; Akram;) Akad nikah kat Masjid yang sangatlah dekat dengan rumah Wani. Kami jalan kaki je, Pengantin naik kereta. Mestilah, cair make up nanti hehe~ Tapi yang lawaknya, time balik pandai plak jalan kaki balik rumah sama2 pengantin baru tu ya..... ♥♥ :)



**********
Dalam 2.30petang, kami beransur2 beredar dari rumah pengantin. Lama la juga rupanya duk rumah wani. Ada masa2 'hot fm' tu, kami lepak kat masjid..oh, sejuk nyaman je terasa:) Bila dahaga, pergi rumah pengantin semula. hahaha slumber badak je. Family Wanipun layan kami bukan main lagi. Macam2 hidangan depa letak depan kami..takkan nak tolak kan..:P Dayat & Ku makan banyak hahaha..Ni memang tak tolak rezeki nih :P Tapi takpe, perut kalis peluru. Aku ni makan macam2 sehari, tengoklah nanti akibatnya huhu~ Duk fikir malam tu nak naik bas lagi, jadi aku terpaksa telan air liur je melihat sesetengah makanan...huhu~ Mana nak pergi ek? Sangatla panas time tu.. Muka akupun dah merah2..huhu~ Sapu sunblock pun dah tak ter'block' rasanya..cepat je cair..Panas..sangat panas..Allahu akbar... Kamipun cancel angan2 nak jalan2 kat tempat2 tertentu. Akhirnya kami pilih nak pergi shopping complex je...Lagi best, sejuk...huhu~ Tak larat dah nak berjalan panas2 macam ni..Semua setuju!:) Lihatlah betapa happynya sorang2 dah sampai shopping complex tu kih kih kih..


**********
Alhamdulillah, hujan lebat juga time kami duk dalam shopping complex tu. Hujan rahmat. Tak lah lama sangat window shopping kat situ. Kami pun teruskan explorace. Kali ni kena cari rumah Puan Salwa pula;) Sekali lagi, Well Done Tengku!:) Terima kasih banyak2 kat Salwa dan suami. Masuk je pintu rumah, terus Salwa bawak kami masuk bilik..hahahahaha nampak sangat!! over taw :P Terima kasihla Salwa kerana memahami...hahahah~ Mujur ahli keluarga Salwa yang lain tak ada ;)


**********
Dalam 7pm, kami kena bertolak ke Penang Sentral dah. Ok, cek kereta dulu :) Keluar awal sikit sebab nak pekena char kue tiaw dulu! Hajat aku nak merasa Laksa Penang.. Selalu je makan tapi tak pernah rasa yang kat Penang ni..tapi last2 kami rasa CKT jelah.. Kesuntukan masa sudah..:) Alhamdulillah, tak kempunan. kih3.. Tapi Dayat tak dapat makan pesemboq :P Kesian dia..sabar eh Dayat.. Mintak Wani pos lah esok2 :P


Alhamdulillah, dah makan, solat, masa untuk berpisah dengan 'anak2' semua..huhu~ Tapi entah kenapa muka semua happy je bila nak balik! Hahaha... Memang apa2pun, negeri sendiri terbaik ;) Mungkin sebab tu tak sabar nak balik kot.....TERIMA KASIH BANYAK2 YE KU, ILA, DAYAT, FADILAH..SANGAT BEST EXPLORACE DENGAN KAMU SEMUA;)  Bas kami 9malam. Ada kes taw kami dengan bas ni.. Sebenarnya...........kami tak layak naik bas ni huhuhuhuh.. sebabnya:
Tiket kami:
PULAU PINANG-KUALA TERENGGANU (RM 46)
Tiket sepatutnya:
BUTTERWORTH-KUALA TERENGGANU (RM42)

Abang bas kata kami silap naik ni..patutnya kami naik kat pulau pinang. Bukan Butterworth..Huhu manalah kami tahu. Patutla masa nak turun bas hari tu, aku macam confuse sikit kena turun mana..Maklumlah time tu bas stop banyak kali jugak. Bila tanya2 Ku, Ku cakap kena turun butterworth. Patutnya kami ni naik sampai Pulau Pinang.. Beze RM4 tuuuu..Banyak taw sebab pergi balik RM92. Sepatutnya RM84 sahaja. Tapi, REDHALAH:) 1st time kan..pengalaman..pengalaman.. Mujur abang2 bas penang ni baik2 belaka.. Orang terengganu kata 'beralus' je cakap! Sungguh.. Tak ada marah langsung. Siap minta maaf plak sebab terpaksa minta kami duk belakang sekali. Aku ni dah serba salah dah silap naik bas. Alhamdulillah kebetulan ada seat kosong di belakang! Yang diver bas pun siap pesan elok2 lah duk belakang ni, semalam ada yang muntah2.huhu~ Aku doa jelah semoga tak muntah..


**********
Terengganu............kami selamat sampai jam 4.50pagi. Alhamdulillah...SELAMAT. Terima kasih banyak2 kat ayah Izzah yang sanggup datang ambil anak2 perempuan ini...:) Pukul 6.10 ayah Izzah ambil pukul 8 tiba rumah Izzah. Pukul 3petang abang aku mai ambil plak kat sana:) Menyusahkan orang nya SoalHati nih..hehehe

Pucatnya muka tanda...lapor:P

3 comments:

cik kery said...

wah2, dijemput, dihantar..mcm puteri! haha..ain ngidam CKT la..lama dah x pat mkn.. ;-(

Nurul 'Izzah said...

wee...seb baik u crop gambar i kat shopping complex tu haha! :D

SoalHati said...

hai cik kery..tahniah kerana ini kali pertama anda comment di sini :P mmg la kena hantar kena amik kak riah... sy kan 'bonde' :P

izzah..of course i'll crop it 1st!:)


.I ♥ Khat.





Grab A Button