Assalamualaikum
Allahu akbar... Full sungguh aktiviti hari ni. Tapi sampai sekarang, tak rasa nak tidur lagi. Sekarang ni biasa 1am baru rasa nak tidur. Alhamdulillah, kat sekolah tak mengantuk sangat. Tapi time balik kerja, akulah awal2 'blah' hehe~ Itupun setelah semua students pulang dan tiada hal kerja lagi untuk dilakukan:) Balik sekolah tadi dalam 1.20pm.
Sampai je rumah terus ambil alih jaga Esya kejap. Kejap jaga, kejap makan hehe~ Yelah, lapar taw balik2 kerja ni.. Tiba2 hujan turun dengan lebatnya dalam pukul 3petang. Maka dapatlah berehat sekejap sebelum melakukan2 kerja2 rumah yang sepatutnya. Esyapun lena diiulit mimpi ditemani hujan lebat:) Petang, bawak Tirah(anak pekerja mak aku aka anak angkat mak:) Ibunya: seorang tukang masak aka tukang buat roti canai:) pergi beli pakaian kanak2nya. Pergi pasar malam je. Tak boleh bawak pergi MM, bahaya..Macam2 dia request nanti.Kalau bawa pergi pasar malam, kalau ada request tu, atleast taklah mahal banget hehehe~~ Abang, kak Ira dan Esya pun pergi sekali. Saja ambil angin petang seketika.
Balik rumah kemas2 rumah lagi. Entahlah, kerja kemas rumah ni satu kerja yang tiada penghujungnya. Kan? Fuuhhh... 8-9pm, tuisyen seperti biasa. Hari Ahad cuma 1jam. 1 kelas. Alhamdulillah Allah bantu aku mengajar dengan baik sekalipun diri masih demam, batuk2 kuat , selsema, hidung tersumbat, suara macam doraemon..huhu~ Batuk2 ni suara jadi makin kecik plak. Ingatkan makin garau hehe~ Bila dah selesai, as usual jamu anak murid sikit..Tiba-tiba... Assalamualaikum.... Aikkkkk??
Ada plak students yang tersilap jadual. Datang juga tuisyen malam ni. Ni yang biasanya shif 9-10pm. Sekolah menengah. Allah...Tak larat sangat dah ni...Mata dah nak terkatup rasanya... Tapi kasihan juga tengok budak2 ni. Takkanlah nak call ayah dia suruh datang balik plak kan.. Aku mengajar juga. Tamat je kelas, Allah... ramai sungguh customer mak aku. Tak sempat nak berguling2..Terus masuk kedai tolong buat air....huhuhu~~~ Sanpai jam 11.30malam..surrender..demam2 nih...Lagipun dah ada tukang buat air, cuma bila ramai2 tu, dia jadi cemas, kalut dan berterabur hehe~ Mesti nervous tu nak siapkan berpuluh-puluh jenis air dalam satu masa:))
Oklah, nak berehat dah. Semoga rezeki yang melimpah ruah ini mendekatkan lagi keimanan kepada Allah, merapatkan lagi hubungan terhadap Pemberi rezeki..Meringankan lagi tubuh badan kami untuk beribadah semata-mata keranaNYA..Itukan tanda syukur seorang hamba?Aameen...ZzzzzZZZZZ... Esok kerja. Kerja=Ibadah=Pahala:)
No comments:
Post a Comment